
Wimbledon:
Serena Jumpa
Venus Di Final
LONDON, 2 Julai:
Venus Williams
akan menentang
adiknya, Serena
di final
kejuaraan tenis
Wimbledon, pada
Sabtu, selepas
membelasah
pilihan utama
dari Russia,
Dinara Safina
6-1, 6-0 pada
saingan separuh
akhir, pada
Khamis.
Pilihan kedua,
Serena pula
bangkit ketika
hampir di ambang
kekalahan untuk
menundukkan
seorang pemain
Russia yang juga
pilihan keempat,
Elena Dementieva
6-7 (4-7), 7-5,
8-6 pada aksi
separuh akhir
pertama penuh
mendebarkan.
seterusnya
Wimbledon:
Murray Bertemu
Roddick Di
separuh Akhir
WIMBLEDON,
England, 2 Jul:
Pertembungan
final Wimbledon
antara Roger
Federer dan Andy
Murray sudah
menjadi buah
mulut sejak
sekian lama.
Namun satu lagi
Andy turut
tampil yang
mungkin akan
menggagalkan
'final impian'
itu.
Andy Roddick
melenyapkan
buruan bekas
juara, Lleyton
Hewitt 6-3, 6-7
(10), 7-6 (1),
4-6, 6-4 pada
Khamis untuk
memastikan
pertembungannya
dengan Murray di
separuh akhir
pada Jumaat.
seterusnya
Renang: Sut
Kontroversi
Hantui Perenang
Ternama
LOS ANGELES, 2
Julai: Ombakan
terbaru sut
renang
berteknologi
tinggi yang
membolehkan
perenang
merentas air
lebih pantas,
kini berubah
kepada isu etika
dalam sukan
terbabit.
"Ia kelihatan
seolah-olah
perenang terlalu
ke hadapan
daripada yang
sepatutnya.
Secara peribadi,
saya lebih rela
kembali cara
lama yang
membolehkan kita
melihat siapa
sebenarnya
tepantas," kata
Dara Torres,
yang memenangi
tiga pingat
perak pada Sukan
Olimpik Beijing
tahun lalu.
seterusnya
Ronaldo Berang
Gara-Gara
Pergerakkannya
Dirakam
LISBON, 2 Julai:
Bekas bintang
Manchester
United yang kini
menjadi milik
Real Madrid,
Cristiano
Ronaldo mengamuk
gara-gara
pergerakkannya
dirakam seorang
remaja perempuan
berusia 17 tahun.
Ronaldo mendakwa
dia berang
kerana remaja
berkenaan
merakam
pergerakkannya
bukan untuk
koleksi peribadi
tetapi
bekerjasama
dengan
paparazzi.
seterusnya
Wimbledon:
Federer Ketepi
Persahabatan
LONDON: Roger
Federer terpaksa
mengetepikan
elemen
persahabatan
buat seketika
manakala Andy
Murray tidak
mahukan dirinya
terlalu
dibuai-buai
semangat
kebangsaan
tinggi dan
kegilaan media
dalam usaha
menjelmakan
final Wimbledon
impian, pada
Jumaat.
Federer – juara
lima kali yang
memburu gelaran
keenam untuk
merakamkan rekod
15 kejuaraan
Grand Slam bakal
berdepan rakan
karib, Tommy
Haas yang pada
usia 31 tahun
cuma perlu
menang dua
perlawanan lagi
untuk muncul
juara tertua
Wimbledon dalam
tempoh 34 tahun.
seterusnya
Bola Sepak:
Benzema Milik
Real Madrid
LYON: Selepas 'menangkap
ikan besar',
Kaka dari AC
Milan dan
Cristiano
Ronaldo
(Manchester
United), Real
Madrid berjaya
memujuk Lyon
supaya bersetuju
menjual
penyerang
Perancis, Karim
Benzema, pada
Khamis.
Pembelian itu
dilaporkan
membabitkan wang
mencecah
sehingga AS$67
juta (RM234.5
juta).
seterusnya
Bola Keranjang:
Enam Pemain Luar
Beraksi Di
Malaysia
KUALA LUMPUR, 2
Julai: Enam
pemain dari
Amerika Utara,
Eropah, Afrika
dan Oceania akan
menyertai Liga
Bola Keranjang
Kebangsaan (NBL)
2009, yang akan
berlangsung
mulai 10 Julai
di Bintulu,
Sarawak.
Pesuruhjaya NBL
Tan Kee Hian
berkata hanya
empat pasukan
telah
mengesahkan
penyertaan pada
kejohanan ini
iaitu Malacca
Chin Woo,
Persatuan Bola
Keranjang
Segamat, Perak
Farmcochem dan
Bintulu Rainbow.
seterusnya
AYG: Khairuneeta
Baiki Kedudukan
SINGAPURA, 2
Julai: Pelayar
pelapis negara,
Khairuneeta Mohd
Afendy yang
menyertai
kategori Byte C2
pada Kejohanan
Sukan Remaja
Asia (AYG) di
Singapura
berjaya membaiki
kedudukan hari
ini setelah
kurang menyerlah
sebelum ini.
Pengurus besar
Persatuan
Pelayaran
Malaysia (MYA),
Mohd Afendy
Abdullah
menerusi e-mel
berkata,
Khairunneeta
menamatkan dua
perlumbaan kelas
perempuan pada
hari ketiga
perlumbaan
dengan menduduki
tangga pertama
dan kedua. Dia
menduduki tangga
keempat pada
Rabu.
seterusnya
Yakeb: BSN Tawar
Premisnya
Diletak Tabung
KUALA LUMPUR, 2
Julai: Yayasan
Kebajikan Atlit
Kebangsaan (Yakeb)
terus mendapat
perhatian
individu, swasta
serta badan
korporat untuk
menjayakan usaha
murni membantu
bekas atlit
negara yang
berdepan masalah
hari tua.
Terbaru kempen
1Ringgit
1Malaysia
mendapat
suntikan
semangat
daripada Bank
Simpana Nasional
(BSN) yang
menawar semua
377 premisnya di
seluruh negara
untuk meletakkan
tabung untuk
memudahkan orang
membuat
sumbangngan
mulai Isnin ini.
seterusnya
Bola Sepak:
United Pakai
Jersi Baru Jumpa
Malaysia
KUALA LUMPUR 2
Julai: Stadium
Nasional Bukit
Jalil akan
menjadi saksi
pertama
Manchester
United memakai
jersi terbaru
mereka untuk
musim 2009-10
apabola turun
menentang skuad
kebangsaan pada
aksi
persahabatan 18
Julai ini.
Jersi baru itu
memaparkan jalur
besar di
bahagian dada,
corak sama
dipakai United
ketika musim
1909-10 ketika
kali pertama Old
Trafford dibuka.
seterusnya