Home » Lain-lain » LTDL Bakal Kembali Ke Langkawi

Kuala Lumpur – Langkawi akan kembali merancakkan perlumbaan Le Tour De Langkawi, LTDL ? Persoalan itu mula timbul selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan pulau pelancongan itu sepatutnya turut memeriahkan perlumbaan.

Bayangan Langkawi akan kembali mewarnai perlumbaan susulan saranan Tun Dr Mahathir turut mendapat reaksi serius pihak penganjur.

Jelas Kementerian Belian Dan Sukan, KBS, perancangan sedia terbuka untuk menyaksikan kayuhan pelumba-pelumba handalan kembali ke Pulau Langkawi tahun depan.

Apa yang pasti KBS sedar kepentingan Pulau Langkawi antara destinasi sukan peringkat dunia.

Meskipun peruntukan penganjuran menurun kepada 7 juta ringgit berbanding 23 juta pada edisi awal, KBS tetap optimis LTDL masih mampu menyumbang kepada industri sukan negara.

Justeru saranan Tun Dr Mahathir, Langkawi kembali antara laluan LTDL akan diambilkira.

Ketua Pegawai Eksekutif LTDL, Mohamad Salleh bertemu pihak Media di ibu negara semalam pada sesi santai.

Hadir sama Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, PKBM Abu Samah Wahab dan Emir Abdul Jalal, konsultan penganjur.

Apa yang dapat disimpulkan KBS dan PKBM bekerjasama erat dalam memastikan imej LTDL meningkat dan terus terpelihara.

Bookmark and Share

Comments are closed.