Home » Lain-lain » Azizulhasni atlet terbaik SAM-100PLUS

Petaling Jaya – Jaguh basikal trek kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang membuktikan memiliki keistimewaan tersendiri apabila dipilih memenangi gelaran “Atlet Terbaik” pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia, SAM -100PLUS.

Selain trofi, Azizul menerima wang tunai 10 ribu ringgit.

Azizul mengatasi dua calon pilihan Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. Tiga lagi calon anugerah atlet terbaik ialah jaguh renang Daniel Beego, atlet terjun gandingan Leong Mun Yee / Pandalela Rinong dan skuad badminton wanita kebangsaan.

Pemenang Anugerah SAM, Anugerah Atlet Terbaik Mohd Azizulhasni Awang. Dari kiri En. Ahmad Khawari Isa, president Sam, Selamiah Yong, ibu Azizulhasni Awang, Dato Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Ibu Azizul Selamiah Yong mewakili Azizul yang berada di Melbourne, Australia menjalani latihan dan meneruskan pengajiannya.

Anugerah disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau diiringi Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Hadir sama wakil penaja utama, Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N, Datuk Kamal Harun.

Skuad Bolasepak bawah 23 kebangsaan, yang berjaya menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan Sea, menerima anugerah khas, 100PLUS Outdo Yourself. Hadir menerima anugerah jurulatih K Rajagobal dan ketua pasukan Aidil Zafuan.

Diraikan sama pada majlis anugerah ini, bekas Presiden-presiden SAM.

Antara yang hadir Datuk Fauzi Omar, Mustaqim Aminuddin, Shaukei Kahar dan Abu Bakar Atan

Bookmark and Share
Tags:

Comments are closed.