Home » Lain-lain » KBS Mahu BAM Fokus

Kuala Lumpur – Tiga bulan menjelang Piala Thomas di Kuala Lumpur, makin hangat diperkatakan pergeseran antara pucuk kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia, BAM dan barisan jurulatihnya.

Senario ini nyata tidak disenangi Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Shaberry Cheek.

Beliau yang mengadakan lawatan mengejut ke Stadium Juara di mana skuad badminton negara berlatih, menggesa BAM, jurulatih dan pemain fokus menghadapi Piala Thomas.

Beliau juga mahu ketiga-tiga pihak tampil memberi penjelasan apa sebenarnya berlaku dalam kem badminton negara.

Punca perbalahan dikatakan bermula apabila BAM membuat kenyataan, barisan jurulatih bertanggungjawab jika gagal merampas Piala Thomas, Mei nanti.

Alasan BAM, badan induk itu tidak pernah campurtangan malah memberi kuasa penuh buat jurulatih membuat persiapan dan memilih pemain.

Susulan itu mula terdengar reaksi panas jurulatih, antaranya kenyataan Ketua jurulatih perseorangan Rashid Sidek yang melihatnya sesuatu yang tidak adil seolah-olah pihak pengurusan BAM lepas tangan.

Apa sekalipun, skuad badminton kebangsaan menjadi sandaran utama Malaysia pada beberapa temasya besar tahun ini, Antaranya menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Dan misi terdekat badminton negara, bersaing pada Kejohanan All England, bulan depan.

Bookmark and Share
Tags:

Comments are closed.