Melaka – Penganjur Sukan Malaysia, SUKMA ke 13 di Melaka, melaungkan keyakinan bersedia untuk menyambut ketibaan 10,810 atlet yang akan bertanding.
Menurut Pegawai Eksekutif SUKMA 2010, Radzi Shaari, segala persiapan menghadapi SUKMA ke 13 mengikut perancangan.
Kata Radzi, dengan 33 sukan dipertandingkan, pihaknya bersedia menampung kebanjiran atlet ke Melaka andainya semua kontingen mengambil bahagian setiap acara.
Tegas beliau lagi, segala kemudahan di Melaka akan siap mengikut jadual termasuk beberapa lokasi walaupun di luar tanggungjawab atau kawalan pihak penganjur.
SUKMA 2010 di Melaka dijadual berlangsung pada 10 hingga 19 Jun ini.

Comments are closed.