Serdang – Penangguhan pengajian, itu antara kelonggaran buat atket mahasiswa yang mewakil negara dalam mana-mana kejohanan atau temasya sukan antarabanga.
Jaminan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pasti sesuatu yang menggembirakan malah pemangkin semangat buat atlet mahasiswa terus cemerlang mengharumkan nama negara menerusi bidang sukan.
Selain kelonggaran penangguhan pengajian mahasiswa terbabit juga akan disediakan pelbagai kemudahan sukan bagi meningkatkan prestasi mereka.
Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin siang tadi menyampaikan Insentif Kecemerlangan Sukan Atlet Institut Pengajian Tinggi, IPT di Kompleks Sukan Universiti Putra Malaysia.
Beliau juga melancarkan Liga Bolasepak IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi 2010.
Pada majlis penyampaian insentif, 36 atlet yang menyumbang pingat pada kejohanan antarabangsa menerima ganjaran masing-masing dengan jumlah keseluruhan RM155,000.
Antara penerimanya atlet lelaki terbaik Sukan Sea Laos, Daniel Bego, Roslinda Samsu (olahraga), Cheng Chu Sian (memanah), Khoo Cai Lin (renang), Leong Mun Yee (terjun) dan Muhamad Farkhan Mohd Haron (tinju).

Comments are closed.