Home » Lain-lain » ATLET IPT TERUS DIIKTIRAF

SERDANG – Seramai 40 atlet IPT yang menyumbang pingat di Sukan Sea Loas tahun lalu diraikan dalam satu majlis penyampaian insentif oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Dariapada jumlah keseluruhan 13 atlet menyumbangkan pingat emas, 13 pingat perak manakala 14 pingat gangsa.

Insentif telah disampaikan Menteri Pengajian Tinggi iaitu  Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Turut hadir timbalannya Dr. Hou Kok Chung dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr Zulkefli A. Hassan.

Pada majlis yang sama atlet yang menyerlah di Kejohanan Dunia dan Antarabangsa sepanjang tahun 2009 juga menerima habuan masing-masing. Melalui pemberian insentif ini pihak kementerian berharap ia akan menjadi  galakan kepada atlit yang telah berjaya dan juga kepada para atlit lain yang sedang menuju kecemerlangan dalam bidang sukan

Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) telah menyediakan hadiah kemenangan atlit di bawah Skim Kecemerlangan /Kebajikan, Insentif dan Penyelidikan Sukan(SKIPS) dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM155,000.00 termasuk computer riba dan juga Vaucher.

Antara penerima insentif terbesar ialah atlet Wushu, Loh Jack Chang yang menerima wang tunai RM9000. Atlet Wushu juga menyerlah apabila Diana Bong dan Lee Yang membawa pulang RM7000. Danial Bego pula menerima RM5000 hasil kejayaannya cemerlangnya di Sukan Sea Laos.

Bookmark and Share
Tags:

Comments are closed.