Home » Lain-lain » Liga Bolasepak IPT

SERDANG – Liga Bolasepak IPT bagi merebut Piala YB Menteri Pengajian Tinggi sesi 2010 bermula dengan rasminya setelah pelancaran sepak mula kejohanan disempurnakan menterinya, Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin di Stadium Universiti Putra Malaysia.

Turut serta pada majlis ini Timbalannya, Dr. Hou Kok Chong, Timbalan Ketua Setiuasaha Pengurusan KPT, Dato’ Haji Omar Abd Rahman dan Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar selaku Pengerusi Jawantankuasa Pengelola Liga Bolasepak IPT.

Kejohanan yang dibuka kepada semua pasukan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi iaitu dari IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Hampir 60 pasukan menyertai Kejohanan ini yang akan diadakan di lapan zon di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Serentak dengan majlis pelancaran berlangsung perlawanan pertama Zon Tengah 1 antara Universiti Putra Malaysia, UPM menentang Universiti Sains Islam Malaysia, USIM.

Muhammad Amin, pemain USIM jersi biru cuba menghalang maraan Mohd Hafiz, pemain UPM jersi putih.

Dibarisi dua  pemain Liga FAM dan pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, UPM nyata bukan tandingnan USIM.

Dibimbing jurulatih baru, Zainal Abidin Yusuf, UPM bermula garang dengan gol seawal minit ke tujuh hasil jaringan Mohd Ibnu Kassim.

Biarpun permaianan agak kelam kabut disebabkan factor latihan pasukan yang singkat namun UPM berjaya menambah jaringan minit ke 12, sekali lagi menerusi Mohd Ibnu Kassim.

UPM makin selesa dengan gol ketiga hasil rembatan kencang ketua pasukan Azrul Azmi minit ke 39.

Bersambung babak kedua permianan semakin perlahan dibatasi keupayaan stamina semua pemain.

Gol keempat UPM hadir diminit ke 90 melalui sepakan penalty setelah Azrul Azmi dikasari pertahanan USIM. Sepakan penalty disempurnakan Mohamad Siaful untuk kedudukan muktamad UPM 4- USIM 0.

Turut bersaing dalam kumpulan Zon Tengah 1 adalah Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Kolej Komuniti Gerik. Kolej Kominuti Sabak Bernam

Bookmark and Share

Comments are closed.