Mersing, Jobor – 3 Mac – Peringkat ke 3 perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi, pelumba Jayco Skins, Michael Matthews kembali muncul pemenang mengulangi pencapaian peringkat pertama.
Selain berpeluang untuk merampas jersi kuning, Matthews turut mengintai kesempatan merebut jersi hijau, Raja Pecut milik pelumba tempatan Anuar Manan.
Saingan peringkat ke 3 dari Pekan, Pahang ke Mersing, Johor, pelumba menempuh jarak 145.6 kilometer, melalui 3 zon pecutan dan satu zon bukit.
Pemegang jersi hijau, Anuar Manan paling menonjol selepas kegagalannya menguasai mana-mana zon pecutan semalam.
Sepuluh mata berjaya dikumpul Anuar hari ini, namun kedudukannya mula dicabar pelumba lain antaranya Matthews.
Matthews kini 2 minit di belakang pemegang jersi kuning, Tobias Erler dari pasukan Tabriz Petrochemical, dan hanya 3 mata di belakang Anuar.
Jersi Polka Dot, Raja Bukit, juga terus digenggam Peter McDonald.
Esok saingan peringkat ke empat bermula di Mersing dan berakhir di Parit Sulong, Muar sejauh 163.5 kilometer.

Comments are closed.