SHAH ALAM, 6 Mac 2010 - Saingan minggu kedua Pusingan Awal Liga Bolasepak IPT hari ini menyaksikan perlawanan antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) melawan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mohd Alif Azad Khan jersi kuning putih menerima bola dari Badrul Hisham berjaya menjaringkan gol kemenangan UiTM.
UiTM, menepati status sebagai pasukan pilihan apabila membenam UPM 4-0 pada pertembungan di Kompleks Sukan UiTM petang tadi. UiTM, juara UNILEAGUE tahun lepas, nyata sukar dikekang. Skuad tuan rumah nyata menguasai rentak perlawanan, dengan mencatat kedudukan selesa 2-0 pada separuh masa pertama.
Jaringan pendahuluan oleh Badrul Hisham meletakkan UiTM di depan menerusi jaringan pada minit ke-22. Percubaan Mohd Ridwan untuk menyamakan gol UPM pada minit ke-42 nyata gagal. Disusuli dengan Mohd Aizad Jaid pula mengukuhkan kedudukan wisel separuh masa pertama menerusi jaringan sepakan penalti pada minit ke-44.
Separuh masa kedua menyaksikan UiTM turun lebih mantap dan berkeyakinan. Asakan UiTM membuahkan hasil apabila tandukan Ahmad Shahir mengegar gawang UPM pada minit ke-48. UiTM
terus mengasak untuk menambah mata, malangnya Mohd Nor Adni telah dilayangkan kad kuning.
Mohd Ali Azad Khan melengkapkan kemenangan besar dengan jaringan pada minit ke-69. Kedudukan muktamad UiTM menang 4-0. Dengan kemenangan itu, UiTM kini muncul pendahulu Zon Tengah 1 selepas dua kemenangan berturut-turut.
Esok, 20 perlawanan berlansung membabitkan saingan Zon Tengah 1, Zon Tengah 2, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Sabah dan Zon Sarawak.

boring btl….
x de fight….
hurmmmmmmm