Home » Lain-lain » UM Menang Lagi, KKSB Bangkit

BANGI – Perlawanan Zon Tengah 2 semalam menyaksikan Universiti Malaya (UM) berpesta gol apabila membelasah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 6-0.

Perlawanan berlangsung di Padang Bolasepak UM di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Perlawanan ini merupakan kemenangan kedua buat UM selepas menang ke atas UPSI minggu lepas.

Mohd Firdaus Abdul Rahman jersi kuning jatuh dilibas Yusuf Adam jersi merah, ketua pasukan UIAM.

Perlawanan di tempat sendiri memberi keselesaan buat UM. UM hanya perlu menunggu hingga minit ke-10, sebelum Mohamed Al Mojtaba meggegar gawang meletakkan UM di depan. Faizal Mohd Zulkifli kemudian mengukuhkan kedudukan pada minit ke-15 menerusi sepakan percuma dari luar kotak.  UM terus melebarkan jaringan pada minit ke-27 oleh Mohd Firdaus Abdul Rahman untuk menjadikan kedudukan separuh masa 3-0.

UIAM tidak mendiamkan diri, asakan demi asakan masih tidak membuahkan hasil dengan beberapa percubaan untuk menyamakankan gol. UIAM semakin ganas tanpa jaringan gol dan Yusuf Adam telah dilayangkan kad kuning.

Separuh masa kedua menyaksikan UM terus mengasak kubu UIAM. Ketua pasukan Ahmad Hafriz Ayob tidak mensia-siakan peluang menambah jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-58. Ahmad Firdaus sekali lagi menggegar gawang lawan pada minit ke-72, sebelum pemain simpanan Hani Mahamat Hassaballah melengkapkan kemenangan besar 6-0 buat UM.

Di Padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri. USIM tewas 1-3 di tangan Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) pada saingan Zon Tengah 1.

USIM bermula baik terutama selepas jaringan awal minit ke-2 menerusi tendangan penyerang Mohd Arshad Omar. Begitu pun, USIM gagal bertahan selepas KKSB bangkit menyamai kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-35 oleh Kamil Hakim Mohamad Kasim. KKSB mula mengawal permainan dan mula menekan USIM. Mohd Shukery Omar akhirnya meletakkan KKSB di landasan pendahulu menerusi jaringan minit ke 45.

Babak kedua menyaksikan KKSB terus menguasai permainan. Di mana Mohd Faez Mohd Safwan memastikan kemenangan milik KKSB menerusi jaringan dari luar kotak pada minit ke-71. KKSB menang 3-1.

Bookmark and Share
Tags:

2 Responses to “UM Menang Lagi, KKSB Bangkit”

  1. Borneoman 9 March 2010

    Liga IPT 2010:

    Kurang publisiti untuk Liga IPT zon-zon yang lain terutamanya di Zon Sabah dan Zon Sarawak.

    Bila kita tengok berita di televisyen, publisiti paling menyerlah adalah di zon-zon yang mempunyai rangakain media yang baik seperti di ZON Tengah.

    Harap pihak penganjur dan pihak media yang lain dapat mempertimbangkan situasi ini untuk memantapkan lagi penganjuran Liag IPT dan memeriahkan lagi suasananya.

    Terima kasih.

  2. Borneoman 9 March 2010

    Keputusan Liga IPT Zon Sabah:

    05/03/2010
    UMS (3) KYS (0)

    06/03/2010
    POLI KK (2) UiTM (1)

    07/03/2010
    UNITAR (1) MASTERSKILL (2)