Home » Lain-lain » All England – Cabaran Tunggal Negara

Birmingham – Tinggal Datuk Lee Chong Wei meneruskan kibaran Jalur Gemilang selepas dua beregu negara, Choong Tan Fook / Lee Wan Wah dan Gan Teik Chai / Tan Bin Shen terkandas pada suku akhir.

Pada aksi separuh akhir malam ini, Chong Wei bertemu pemain Denmark, Peter Hoeg Gade selepas mengatasi saingan sengit lawan dari Korea Selatan, Shon Wan Ho 14-21,21-14, 21-14.

Gade pula ke separuh akhir setelah melepasi jaguh Indonesia, Taufik Hidayat 20-22, 22-20, 22-20, pada perlawanan yang berlarutan 1 jam 20 minit.

Bagaimanapun harapan peminat dunia menyaksikan perlawanan akhir yang menemukan dua pemain terbaik dunia, Chong Wei dan Lin Dan tidak menjadi kenyataan.

Lin Dan tersingkir selepas dikalahkan rakan senegara Bao Chunlai 21-16, 18-21, 21-17 pada satu lagi aksi suku akhir. Bao Chunlai akan menentang pemain Jepun Kenichi Tago pada separuh akhir.

Tago turut mencuri tumpuan apabila mencipta kejutan, mengalahkan pilihan ke tiga dari China, Chen Jin, 22-20, 19-21, 21-13.

Sementara itu beregu berpengalaman negara, Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah terpaksa akur kepada pilihan ke tiga dari Indonesia, Markis Kido dan Hendra Setiawan 21-17, 21-11.

Sebelum itu gandingan Gan Teik Chai dan Tan Bin Shen juga gagal melepasi suku akhir, tumpas kepada beregu Denmark, Lars Paaske dan Jonas Rasmussen, 21-18, 22-20.

Bookmark and Share
Tags:

Comments are closed.