SKUDAI, 14 Mac 2009 – Dalam saingan Zon Selatan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi mencipta kemenangan besar. Kali ini dengan membenam Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) 6-1 di Padang

Mohd Izad Affendy bin Mohd Yusof jersi merah, UTM berjaya mengelak rembatan pemain Mohammad Shahid, KKBP.
Tapak UTM di Skudai.
Perlawanan di tempat sendiri memberi kelebihan besar buat UTM. UTM nyata garang dengan jaringan 3 golĀ dalam tempoh 11 minit pada masa pertama. Seawal minit pertama, Muhamad Danial Salehuddin sudah meletakkan UTM di depan. UTM terus mengasak pintu gol KKBP dan UTM menemui sentuhan jaringan pada minit ke-8 menerusi sepakan percuma oleh Mohd Izad Affendy Mohd Yusof , diikuti Muhammad Danial Salehuddin sekali lagi menyumbat gol ketiga untuk UTM mendahului 3-0 pada minit ke-11 juga berpunca dari sepakan percuma di luar petak penalti.
Separuh masa kedua, UTM terus mengasak kubu KKBP. Tanpa belas kasihan UTM menambah jaringan hatrik Zulkifli Ishak pada minit ke-50, ke-61 dan ke-80 menjulang UTM untuk menduduki tangga teratas Kumpulan Zon Selatan. Bagaimanapun, KKBP tidak patah semangat untuk mendapatkan gol dari UTM. Pada minit ke-86, Mohd Nazri Tagar meraih saguhati KKBP. Keputusan di Skudai, UTM 6 KKBP 1.

Comments are closed.