SELANGOR – Liga Bolasepak IPT bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi semakin hangat. Di Zon Tengah 1 menyaksikan pertembungan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menentang Kolej
Komuniti Sabak Bernam (KKSB) di Stadium Sg Besar, Sabak Bernam pada sabtu lalu.
UiTM menguasai saingan Zon Tengah 1 apabila menundukkan KKSB 1-0. Biarpun menang tipis, ia sudah cukup meletakkan UiTM di tangga teratas dalam saingan kumpulan setakat ini.
KKSB gagal mengambil peluang menyaingi UiTM yang turun tanpa barisan kuat, selain kelebihan beraksi di gelanggang sendiri. Selepas menang ke atas Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) minggu lepas, KKSB dilihat mampu memberi tentangan kepada UiTM.
UiTM sebaliknya menguasai rentak permainan, tetapi sering dikecewakan dengan penyudahan yang tidak kemas. Selepas terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama, Azlan Hardi Razman akhirnya berjaya memecah kebuntuan untuk UiTM, biarpun terpaksa menunggu hingga minit ke-72. UiTM bertahan sehingga wisel penamat biarpun KKSB mengasak keras mencari jaringan penyamaan.
Keputusan muktamad UiTM 1 KKSB 0


Pertahanan & Golie KKSB patut diberi pujian kerana berjaya menagkis banyak serangan UiTM yang datang bertubi-tubi malam tu
kksb terbaik!!!!uitm susah btl nk dpt gol..!!