Sukan Olimpik Remaja yang bakal berlangsung di Singapura dari 14 hingga 26 Ogos ini dengan Malaysia menghantar kontingen 22 orang, termasuk 13 atlet dan lapan jurulatih.

Kontingen negara berlepas ke Kota Singa 10 Ogos ini.
Malaysia akan menyertai acara terjun junam, angkat berat, badminton dan kapal layar dalam sukan yang julung kali diadakan itu.
Hakikat bahawa temasya sukan itu diadakan pada bulan Ramadhan seharusnya tidak menggugat semangat atlit terutamanya yang berugama Islam seperti Fatin Atikah Osman, Mohd Amirul Shafiq Md Jais dan Khairuneta Afendy.
Biarpun Majlis Sukan Negara tidak memasang sasaran tinggi, iaitu hanya satu pingat dari tiga sukan yang disertai iaitu terjun junam, badminton dan kapal layar, namun Sukan itu tidak seharusnya dipandang ringan atau remeh.
Bagi atlet muda negara, pengalaman bertanding di Singapura itu harus dipergunakan sepenuhnya kerana apapun justifikasinya, peminat dan rakyat mahu menyaksikan kesungguhan atlet apabila bersaing dalam mana-mana kancah sukan antarabangsa.
Jadikan sukan berkenaan sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri dan mempertingkat keputusan terbaik peribadi. – mediasukan.com.my

Comments are closed.