
KOLEKSI SELAYANG PANDANG
OLEH SHAUKEI KAHAR TAHUN 2007
KOLEKSI
SELAYANG PANDANG
OLEH SHAUKEI KAHAR TAHUN 2006
KOLEKSI
SELAYANG PANDANG
OLEH SHAUKEI KAHAR TAHUN 2005
KOLEKSI
SELAYANG PANDANG
OLEH SHAUKEI KAHAR TAHUN 2004
BERAKHIR SUDAH
IMPIAN
17 May 2008 02:04 PM
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ
ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Dan Salam
Sejahtera.
Selepas solat
Jumaat hari ini
(16 Mei 2008),
rakyat Malaysia
terpaku didepan
TV RTM 1,
apabila mereka
menyaksikan Lee
Chong Wei
menidakkan
keegoaan Lin Dan
untuk memberi
mata pertama
Malaysia apabila
dia menang
21-12, 21-14
dalam masa 36
minit pada
pertandingan
separuh akhir
Piala Thomas di
Istora Senayan……..

Sebahagian
penyokong
Malaysia di
Istora Senayan
semasa pertemuan
Malaysia dan
China
Kerisauan keatas
prestasi
pasangan bergu
Koo Kien Keat/Tan
Boon Heong masih
berterusan di
Istora Senayan
petang itu,
sungguh pun
mereka jelas
memperagakan
keaslian rentak
juang, namun
akhirnya mereka
tunduk akur
untuk tewas
16-21, 17-21
untuk mengikat
kedudukan 1-1.
Hati jadi
semakin resah
apabila langkah
Wong Choon Hann
pula tersandung
dianjung laman
Boa Chun Lai
secara straight
set 18-21 dan
7-21.
Kemudian tiba
rentak juang
Mohd Fairuzizuan
Tazari/Zakry
Latif. Kedua
mereka berjuang
habis-habisan
memburu mata
penyamaan dan
akhirnya mereka
berjaya lalu
menjadikan
kedudukan
terikat sama 2-2
melalui
kemenangan
21-17, 21-15.
Konstabel Hafiz
Hashim, anak
muda dari Kota
Baharu melangkah
tenang untuk
detik penentuan…….game
pertama Chen Jin
nyata memukau.
Chen Jin
menyerlahkan
pukulan-pukulan
pukau mata yang
melemahkan
tumpuan Hafiz
untuk tewas
12-21.
Semangat pantang
undur Hafiz
menyala digame
kedua tetapi ia
hanya seketika
apabila ianya
kembali malap
untuk tewas
16-21 dalam masa
42 minit
pertarungan
keseluruhan,
sekaligus
menandakan
berakhir sudah
impian rakyat
Malaysia yang
menyandarkan
harapan untuk
membawa pulang
piala yang
menjadi
rebutan…itulah
Piala Thomas.
BURUAN MAHKOTA
TERJAWAB SUDAH
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ
ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ
ﻡﻜﻴﻠﻋ
ﻢﻼﺴﻠﺍ
Dan Salam
Sejahtera.
Perhitungan
memburu mahkota
Liga Super
2007/2008
akhirnya
terjawab malam
minggu lalu
melalui
kemenangan 2-1
Kedah keatas
Terengganu di
Darul Aman serta
kejutan
kekalahan
Selangor kepada
pasukan tangga
terbawah Pulau
Pinang di
Stadium
Bandaraya.
Kemenangan Kedah
itu tiba awal
sungguh pun
terdapat tiga
lagi perlawanan
menanti mereka.
Kepada barisan
pemain Kedah,
Jurulatih, para
pegawai dan para
penyokong Hijau
Kuning, syabas
dan tahniah
diatas kejayaan
cemerlang yang
sekali lagi
dilakar musim
ini.
Bagi saya
Jurulatih Kedah
Azrai Khor
Abdullah telah
membuktikan
bahawa dia
mempunyai
kepakaran dan
kebolehan selaku
Jurulatih
Bolasepak.
Kewibawaan Azrai
membentuk sebuah
pasukan yang
bersemangat itu
perlu di beri
perhatian oleh
FAM dan
kebolehan Azrai
tidak boleh
dibiarkan
diperingkat
tempatan sahaja,
dia perlu diberi
peluang untuk
mengadun sebuah
pasukan
kebangsaan yang
berjaya.
Sementara itu
kemelut hukuman
dan denda keatas
pasukan Selangor
ekoran kegagalan
hadir pada hari
terakhir
melibatkan empat
pemain mereka
pada klinik
bolasepak Ian
Rush menjadi
bualan panas
peminat
bolasepak.
Saya menghubungi
Setiausaha Agong
FAM, Leftenan
General (B)
Datuk Azzudin
Ahmad petang
sabtu lalu bagi
mendapatkan
penjelasan
lanjut berhubung
isu tersebut.
Datuk Azzudin
menjelaskan
bahawa hukuman
yang diputuskan
oleh
Jawatankuasa
Disiplin FAM itu
adalah
berpandukan
kepada Peraturan
Pertandingan
Tempatan.
“Ianya jelas
termaktub dalam
peraturan, kami
tidak sesuka
hati untuk
memutuskan
sebarang
keputusan bagi
menyulitkan dan
membebankan
pasukan, ia
adalah peraturan”,
jelas beliau.
Biar apa pun
persoalan dan
rasa tidak puas
hati yang
mungkin timbul,
saya berpendapat
perkara itu
perlu
diselesaikan
secara bijak
tampa
dipengaruhi rasa
emosi.
Tampa berhasrat
untuk
menyebelahi
mana-mana pihak,
sebenarnya
setiap sesuatu
peraturan yang
telah dibuat dan
ditetapkan itu,
boleh dikaji
semula dan
dicadangkan
dipinda
seandainya ia
didapati tidak
sesuai dan
membebankan,
yang paling
utama dicari dan
disediakan
adalah
peraturan-peraturan
yang membawa
manafaat ke arah
kemajuan
bolasepak
Malaysia, kerana
bola dikaki kita.
PEMAIN MUDA
DI LIGA MALAYSIA
Assalamualaikum
dan Salam
Sejahtera.
Penampilan ramai
pemain muda
dalam Liga
Malaysia musim
ini adalah
perkembangan
membanggakan
dalam konteks
pembangunan
bolasepak negara.
Penyertaan
Harimau Muda
sebagai contoh,
merupakan
tindakan bijak
FAM kearah
mendedahkan
mereka ketahap
saingan
kompetetif
bolasepak masa
kini.
Pulau Pinang
turut
menyenaraikan
agak ramai
pemain muda
dibawah
bimbingan bekas
pemain negara
Haji Mohamad
Bakar.
Negeri Sembilan
juga nampak
semakin tajam
serangan mereka
melalui
kelincahan
Zaquan Adha.
Bagaimana pun
sesuatu yang
tiada dikalangan
penampilan ramai
pemain muda
adalah faktor
skil individu,
khususnya
dikalangan para
pemain
penyerang.
Bisa selaku
’striker’
dikalangan para
pemain penyerang
kita tidak dapat
dirasai. Selaku
pemain penyerang
mereka harus
sedar hakikat
tersebut dan
memahami apa
yang dimaksudkan
bisa penyerang.
Mereka juga
patut mengetahui
bahawa bisa
tersebut boleh
dimiliki dan
perlu
diusahakan.
Melalui latihan
yang dilipat
gandakan,
disiplin
ditingkatkan
pasti akan
menjelmakan
pemain penyerang
yang berbisa.
JARINGAN TERBAIK
ASHAQ ALI
Assalamualaikum
dan Salam
Sejahtera.
Musim baru Liga
Malaysia
2007/2008 baru
sahaja bermula,
dengan saingan
Liga Super
dilihat lebih
rancak
berbanding Liga
Perdana.
Sabtu lalu saya
mengulas
perlawanan
Perlis menentang
DPMM FC Brunei
di Stadium Utama
Kangar,
perlawanan
tersebut
disiarkan secara
langsung melalui
RTM 1.
Perlawanan
berkesudahan
dengan kedua
pasukan
berkongsi satu
mata setelah
seri 1-1.
Apa yang mahu
dikongsikan
bersama disini
adalah
penampilan dua
striker baru
DPMM FC, Ashaq
Ali dan Fazeel
Ibrahim,
keduanya dari
Maldives.
Corak permainan
Ashaq Ali
dilihat lebih
menyerlah,
melalui
kebolehan serta
skil mengelicik
yang lincah. Gol
pendahuluan
jaringan Ashaq
merupakan
jaringan paling
menarik pernah
saya saksikan
sepanjang
melakukan
liputan
bolasepak
dinegara kita.
Seingat saya,
jaringan
sebegitu pernah
saya saksikan
dilakukan oleh
Allahyarham
Mokhtar Dahari
untuk Selangor,
dalam beberapa
perlawanan
Selangor di
Stadium Merdeka
sekitar 80’an.
Jurulatih
Perlis, Haji
Abdul Rahman
Ibrahim turut
mengakui bahawa
jaringan Ashaq
Ali adalah yang
terbaik pernah
beliau saksikan
dalam kancah
saingan Liga
Malaysia.
Bagaimana pun
selepas ini kita
mungkin tidak
dapat melihat
aksi Ashaq Ali,
kerana beliau
akan kembali ke
Maldives
berikutan
kontraknya telah
pun berakhir,
perlawanan
menentang Perlis
tempohari
merupakan aksi
terakhirnya.
Bagi saya pemain
penyerang
seperti Ashaq
Ali mampu
menyemarakan
Liga Malaysia
musim ini, kita
sudah pasti
terhibur melihat
kelibat pemain
sebegitu.
Pada masa sama,
saya juga
berfikir kenapa
tidak ada
seorang pun
setakat ini
pemain tempatan
yang mampu
memperagakan
skil seperti
Ashaq Ali? Dia
bukan pemain
bertaraf bintang
dari Brazil mahu
pun Eropah, dia
dari Maldives,
sebuah negara
yang kekurangan
infrastruktur
dan liga yang
tidak bertaraf
J-League, tetapi
rupanya memiliki
pemain-pemain
berskil tinggi.
Buat
pemain-pemain
penyerang
tempatan, sudah
tiba masanya
mereka
membuktikan
kebolehan yang
selama ini
mungkin
terselindung.
BERLABUH TIRAI
KECEMERLANGAN,
DI BUKA TIRAI
PERJUANGAN
Assalamualaikum
dan Salam
Sejahtera.
Alhamdulillah,
berlabuh sudah
2007 dan kini
tirai 2008 sudah
dibuka dengan
pelbagai keraian
warna warni
disana-sini.
Buat arena sukan
negara 2007
tetap
meninggalkan
peristiwa suka
duka dengan
prestasi Sukan
Sea Korat
akhirnya
menjawab segala
teka-teki serta
persoalan.
Syabas buat
seluruh
kontinjen
negara, bagi
mereka yang
pulang dengan
kalungan pingat,
terus dan
tingkatkanlah
usaha untuk
lebih cemerlang
dimasa depan,
manakala buat
yang kecundang,
ingatlah airmata
dan kekesalan
bukannya jalan
terbaik
penyelesaian,
jadikanlah
kegagalan disana
sebagai azimat
yang lebih
berharga selepas
ini.
Suka saya
menyentuh
tentang prestasi
beberapa acara
sukan sepanjang
tahun lalu.
Penarikan diri
Takraw di Sukan
Sea lalu amat
memilukan.
Akibat isu
dalaman dan
mungkin
kepentingan
pemimpin
tertentu
akhirnya maruah
negara, kerja
keras para atlet
dan jurulatih
dan masa depan
sukan ini
sendiri tampak
menghadapi jalan
berliku selepas
ini, kecuali ada
yang sedia
memikir semula
jalan
penyelesaian
terbaik.
Bolasepak terus
membawa berita
mendukacitakan.
Kegagalan layak
ke separuh akhir
ditemasya sukan
rantau Asia
Tenggara perlu
dijadikan
iktibar paling
baik untuk kita
menilai semula
setiap langkah
yang telah dan
akan dilakukan
selepas ini.
Perbalahan
dalaman beberapa
persatuan sukan
nampaknya masih
berpanjangan dan
ianya tampak
lebih dominan
daripada
berita-berita
mengenai para
atlet tempatan
dan penganjuran
pelbagai
aktiviti sukan.
Namun begitu
masih ada
keyakinan dan
janji
kecemerlangan
dikalangan para
atlet dan
beberapa
persatuan sukan.
Sukan Badminton,
Squash, Hoki,
Olahraga,
Renang/Terjun,
Gimnastik dan
beberapa sukan
lain nampaknya
menjanjikan
cahaya yang
lebih benderang.
Sukan Olimpik
2008 bakal
menjengah hanya
tujuh bulan dari
sekarang, mulai
saat ini semua
pihak yang
berwajib perlu
menjadikan
matlamat untuk
negara meraih
emas pertama di
Sukan Olimpik
mampu
dilaksanakan.
Selamat Berjuang
Para Atlet
Malaysia!!.
Selamat Tahun
Baru 2008.
KOLEKSI DARI PENA SHAUKEI KAHAR TAHUN 2007
SEMANGAT
Kejayaan pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong
mengembalikan kejayaan 25 tahun lalu pada
Kejohanan Badminton All-England merupakan
kecemerlangan yang amat bermakna buat arina
sukan negara.
Sekali lagi pasangan kental itu mempamirkan
semangat juang tinggi dalam persembahan mereka
dan terbukti semangat melawan tampa banyak
menghormati kewibawaan lawan menjadi antara
ramuan perjuangan mereka.
Selepas menanti 25 tahun akhirnya kita menjumpai
pasangan bertenaga untuk mengembalikan reputasi
negara selaku jaguh sukan badminton dunia.
Media Sukan mengucapkan syabas Koo Kien Keat dan
Tan Boon Heong. - Mediasukan 2007
MENYERANG ATAU
DISERANG...
Februari menampakan kerancakan arina sukan
tempatan. Disana sini pelbagai aktiviti menjalar
daripada peringkat desa, sekolah, daerah, negeri
hinggalah kebangsaan, apatah lagi sukan
diperingkat dunia, macam-macam ada.
Namun disebalik kemeriahan itu, masih ada
sungutan, rungutan, pendedahan, persoalan tampa
arah murni yang disogokan baik didada akhbar
mahu laporan berita TV.
Kemelut dalam Persatuan Golf Malaysia tidak
terkecuali, tuduh menuduh hampir berlaku
disetiap lubang par…lagi-lagi laporan kepada
media antara jadi isu utama perbalahan.
Bukan nak memihak sesiapa, kami di media ni
janganlah hanya bila nak mempromosikan acara
baru dicari, kadang kala media ni berperanan
meleraikan kekusutan malah ejen pendamaian juga
untuk memperkukuhkan persatuan.
Arina bolasepak tempatan pula menerbitkan rasa
tidak puashati Jurulatih Johor FC, Ramlan
Rashid, yang menyifatkan pemain-pemainnya seakan
didera ekoran jadual liga yang ketat musim ini.
Luahan Ramlan disahut kecewa oleh Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang juga
Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin,
yang terkilan kenapa FAM kerap dipersalahkan,
khususnya oleh pasukan yang selalu mengalami
kekalahan.
Yang jelas, jadual pertandingan Liga-M musim ini
memang ketat, lebih-lebih lagi pertandingan
Piala Malaysia turut berlangsung dicelah-celah
kesibukan liga.
Seeloknya, mana-mana pasukan yang tidak setuju
dengan jadual yang ada sekarang atau mempunyai
bantahan berkaitan jadual pertandingan, tulis
sahaja surat kepada FAM, selesaikan cara lebih
molek, apa yang berlaku tidak membawa faedah
jika media terus dijadikan meja menegakan benang
yang basah…
Dalam bolasepak depa kata kena menyerang selalu,
jangan asyik kena serang sahaja, bila pasukan
nak menang jika asyik selalu kena serang…. -
Mediasukan 2007
OH…PIALA
MALAYSIA
Sabtu lalu berlangsung perlawanan kedua
pertandingan paling dihormati..Piala Malaysia.
Melalui format baru, pertandingan kali ini juga
mengundang pasukan kelab terbaik disamping
jemputan keatas dua pasukan yang telah lama
bernaung dibawah FAM, PDRM dan ATM.
Sebelum ini memang tidak dapat disangkal,
pertandingan tertua itu kerap mengundang
kemeriahannya yang tersendiri, biar serancak
mana sekali pun pertandingan peringkat liga,
rata-rata peminat bolasepak di negara ini
menanti dan akan menikmati keajaiban diperingkat
Piala Malaysia.
Namun, kesamaran keceriaan itu mulai dapat
dirasai melalui tindakan FAM merombak jadual
pertandingan Piala Malaysia ekoran kita akan
menyertai Kejohanan Piala Asia Julai depan serta
mungkin atas sebab-sebab lain.
Pertandingan keramat itu kini berlangsung
dicelah-celah jadual liga yang sarat dengan aksi
yang pasti membuat para pemain tidak dapat
memberi fokus terbaik mereka…apatah lagi peminat.
Rata-rata jurulatih juga turut menyuarakan
kehilangan seri serta kekalutan mereka untuk
memperkemas pasukan menghadapi pertandingan
paling berprestij itu.
Ogos depan pula kita akan menyambut ulangtahun
kemerdekaan negara yang ke-50. Sambutan
kemerdekaan tersebut bagi saya amat bertaut
rapat dengan bolasepak di negara ini.
Saya berpendapat kewajaran amat perlu sekiranya
kita dapat menjadikan Piala Malaysia musim ini
lebih meriah dan bermakna sempena ulangtahun
kemerdekaan negara ke-50.
Atau mungkin FAM mahu memastikan agar pasukan
negara yang menyertai Piala Asia julai depan
berkesudahan dengan kejayaan yang mahu dijadikan
hadiah istimewa sempena ulangtahun negara
ke-50?.......
- Mediasukan 2007
KEMUNGKINAN YANG TELAH
DIRINTIS
Konteravasi pengunduran
Irfan Bakti dari pasukan TM
FC nampaknya menjadi bualan
hangat dikalangan peminat
bolasepak negara.
Kelantangan Shebby
mempersoalkan kewibawan
Irfan melatih TM FC juga
turut menjadi isu panas yang
dibincangankan.
Apakah kekalahan TM FC 0-2
ditangan Perlis yang
membuatkan jurulatih
sementara TM FC itu berang,
juga menjadi bualan hangat.
Di dada-dada akhbar tempatan
juga kerap memuatkan berita
berkaitan pasukan TM FC.
Dalam situasi sebegini, saya
berpendapat perlu ada
ketajaman penilaian dan
menuntut juga ketenangan
kesabaran. Sebagai manusia
biasa Shebby tidak terlepas
dari terlepas cakap
berkaitan perbandingan apa
yang telah dilakukan oleh
Irfan Bakti.
Saya kira Shebby mungkin
tidak berniat untuk
memperlekehkan apa yang
telah Irfan lakukan, apa
yang dilontarkannya dalam
temubual TV selepas
perlawanan di Kangar lalu
kemungkinan meletus dari
perasaan kecewa dari
mana-mana pihak pengurusan
apabila pasukannya kalah.
Shebby harus sedar, mengakui
dan menghormati bahawa Irfan
telah berusaha membawa imej
gergasi telekomonukasi
nasional dalam persada
bolasepak tempatan.
Kedudukan tempat ke-2 atau
naib juara liga super musim
lalu serta menempatkan TM FC
keperingkat separuh akhir
Piala Malaysia musim lalu
harus diterima sebagai
kejayaan TM FC.
Shebby mungkin telah berjaya
menjadi pengulas dan
pengkritik sukan bolasepak,
namun dia harus sedar
menjadi jurulatih bolasepak
bukan satu tugas mudah….Shebby
perlu banyak bersabar dan
tidak mudah menyalahkan
pihak lain.
Selain bertindak selaku
“caretaker coach” atau
jurulatih sementara, saya
kira Shebby mungkin juga
sibuk untuk memastikan tugas
asasnya selaku Penasihat
Pembangunan Sukan TM FC
berjalan lancar, itu belum
mengambil kira kerja-kerja
penyelidikannya sebagai
pengulas sukan EPL yang
berpengkalan di seberang
tambak negara….Shebby perlu
ketabahan.
- Mediasukan 2007
Terima kasih Irfan Bakti.
BOLASEPAK
MALAYSIA TERLUKA LAGI……
Pasukan bolasepak negara mengakhiri cabaran pada
kejohanan bolasepakAsean dengan kakalahan lagi
melalui sepakan penaltI kepada Singapura,
sekaligus memberi isyarat sesuatu perlu segera
dilakukan sekiranya kita berhajat untuk
melangkah lebih jauh.
Ketiadaan penyerang
tulen serta penjana bahagian tengah terus
menjadi kelemahan paling ketara skuad yang
dibimbing Norizan Bakar.
Benarkah kita
ketiadaan penyerang, benarkah kita tiada lagi
pemain tengah yang kreatif?......Pada hemat saya
tidak, kita sebenarnya ada pemain-pemain
berbakat, Cuma ada sedikit keraguan dalam hal
pemilihan dan sokongan kearah memantapkan
pasukan.
Bolasepak moden
tidak seperti masa lampau yang banyak bergantung
kepada fizikal. Kita perlu lebih berani didalam
hal-hal tertentu, jika ada pemain yang gagal
menyerlah selepas diberi peluang, kita harus
membuka peluang kepada muka-muka baru, ini tidak
bermakna kesemua pemain yang telah dipilih
dibuang, Cuma saya berpendapat mungkin ada satu
atau dua pemain yang terbukti gagal
memenafaatkan peluang yang diberikan wajar
disisihkan.
Menuding kearah
pemain sahaja juga adalah tidak adil, pihak yang
kedua yang perlu bertanggungjawab adalah
jurulatih. Dalam hal ini saya melihat penilaian
keatas jurulatih sedia ada juga perlu dilakukan.
Kita tidak mempunyai banyak masa sebelum
menjelang cabaran yang lebih penting pada bulan
Julai akan datang, yakni Kejohanan Piala Asia.
Yang nyata lagi jelas sesuatu perlu segera
dilakukan sekiranya kita tidak mahu seloka Pak
Pandir, menang sorak kampung tergadai…. terjadi.
-
Mediasukan 2007
GARANGLAH HARIMAU……
Arina bolasepak
Negara memulakan 2007 dengan beberapa kejutan.
Selepas pengenalan logo baru Liga Malaysia,
perubahan masa sepakmula perlawanan dan terbaru
penggunaan jersi jenama baru skuad kebangsaan,
adalah diharapkan itu semua mampu membawa
perubahan positif keatas mutu dan tanggapan
peminat.
Saya amat
menantikan cabaran pasukan kebangsaan di
Kejohanan serantau yang bermula Jumaat ini.
Dengan Filipina menjadi ujian pertama, sudah
tentu kita mahu melihat barisan yang dilatih
Norizan Bakar mampu beraksi lebih garang dengan
jersi baru mereka.
Bagi saya,
Kejohanan Piala AFF itu merupakan medan penting
untuk kita menilai kekuatan pasukan bolasepak
kebangsaaan. Dari situlah kita boleh mengagak
apakah pasukan Negara telah bersedia menghadapi
cabaran yang lebih penting yakni pertandingan
Piala Asia yang akan bermula Julai depan.
Biar apa pun saya
berkeyakinan skuad yang telah dibentuk itu mampu
melakukan kejutan.
- Mediasukan 2007
balik
ke atas
KOLEKSI DARI PENA SHAUKEI KAHAR TAHUN 2006
KAREKTOR
PERJUANGAN
Selepas Boling dan Badminton menyumbang emas,
kelmarin Rufina Tan melalui acara Perahu Layar
menjadi penyumbang emas keempat kontijen negara
di Sukan Asia Doha, syabas buat Rufina.
Yang dirasai ketika ini adalah kesungguhan para
atlit negara berjuang bermatian memburu pingat
emas khususnya untuk menepati sasaran 9 emas.
Bagaimana pun aksi bergu lelaki kita Koo Kien
Keat dan Tan Boon Heong menewaskan bergu
Indonsesia tempohari masih segar hingga kini.
Karektor perjuangan mereka yang menaikan
semangat ketika menonton perlawanan tersebut.
Saya berpendapat jurulatih mereka Rexy Mainaiky
telah berjaya mengubah corak karektor kedua
pemain itu, Kien Keat dan Boon Heong nyata
mengunakan karektor sebenar mereka ketika
menewaskan lawan.
Dalam sukan faktor karektor amat penting dan
ianya perlu digunakan, karektor positif mampu
mengubah banyak perkara buat sesaorang atlit
didalam sesuatu pertandingan.
Ketika tirai Sukan Asia semakin hampir untuk
dilabuhkan, arina sukan tempatan pula kini
menghampiri aksi sepak mula TM Liga Malaysia
hujung minggu ini.
Perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Haji
Ahmad Shah, Presiden FAM, diantara Perlis
menentang Pahang di kangar pasti sengit.
Penampilan logo baru TM liga Malaysia yang
dilancarkan semalam.turut membawa elemen-elemen
kesegaran buat wajah bolasepak negara.
Biar apa pun suntikan perubahan yang dilakukan,
saya melihat faktor semangat, pengetahuan dan
karektor perlu disemai oleh setiap pihak yang
berkaitan, baik atlit mahu pun dipihak
pengurusan.
Ayuh kita mara….-
Mediasukan 2006
SEMANGAT
OKU
Bulan November ini merupakan bulan yang paling
sibuk bagi arina sukan negara. Penyertaan negara
di Sukan Asia Doha, Kejohanan Sukan OKU Timur
Jauh dan Pasifik Selatan, kejohanan Piala Monsun
di Terengganu, Perlumbaan A1 di Litar Sepang
malah pelbagai lagi aktiviti kejohanan sukan
diperingkat tempatan, jelas menunjukkan bahawa
negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang
makmur dan amat mementingkan soal sukan
dalam kehidupan masyarakatnya.
Disebalik pelbagai kesibukan tersebut, saya
melihat perhatian dan tumpuan yang diberikan
oleh kerajaan kita terhadap Kejohanan Sukan OKU
Timur Jauh dan Pasifik Selatan dari 25 November
hingga 1 Disember akan datang amat mencerminkan
keperibadian bangsa Malaysia terhadap nasib
golongan orang kurang upaya.
Bagi kita yang dilahirkan sempurna anggota,
tentulah kita amat bersyukur kerana kita mampu
bergiat atau melakukan pelbagai perkara
khususnya dalam aktiviti
bersukan, namun bagi golongan yang samada lahir
telah cacat anggota atau mengalami kecacatan
akibat kemalangan atau disebabkan sesuatu
penyakit, tentulah mereka menghadapai pelbagai
kesukaran menempuh arus kehidupan semasa yang
semakin mencabar ini.
Bagi para atlit OKU, saya yakin bukan soal
pingat yang menjadi keutamaan, sebaliknya faktor
perhatian dan penyertaan mereka untuk menyumbang
bakti bagi
mengharumkan nama negara yang menjadi agenda
utama dalam dairi kehidupkan harian mereka.
Justeru Sukan Fespic KL'06 merupakan simbol
perhatian yang diberikan oleh kita kepada
masyarakat orang kurang upaya, bukan setakat di
Malaysia malah kini
menjalar keperingkat Asia dan dunia...hakikatnya,
itulah sikap bangsa bertuah, Bangsa Malaysia...
- Mediasukan 2006
DI
MANA FORMULA BERJAYA
Kolkata, 9 Nov 2006 ; Beberapa jam sebelum
perlawanan separuh akhir
pertama diantara Jepun menentang Korea Selatan,
fikiran saya terkenangkan kesudahan pasukan kita
pada Kejohanan Belia Asia U-20 di India kali ini.
Kekalahan tiga kali berturut memang amat
menyedihkan... selepas merenung, cuba menyelak
dimana dan kenapakah persembahan para pemain
sampai jadi begitu, akhirnya saya menemui
beberapa kemungkinan....
Faktor gagal menyerap tekanan semasa merupakan
kelemahan paling ketara dalam pasukan ini.
Mereka bukan sahaja gagal mengatasi tekanan
perlawanan, malah tahap kejohanan. Bab ini "Kak
Ton" kita di MSN boleh jelaskan.
Tumpuan yang meluas diberikan oleh media
tempatan juga gagal
dimenafaatkan oleh pasukan ini, sebaliknya ia
menimbulkan tekanan pulak.
Falsafah sukan mengatakan, tiada kejayaan tanpa
pengorbanan, ia merupakan gambaran subjektif
untuk menceritakan perjalanan menuju sesuatu
kecemerlangan, namun jika kita menyelusuri lekuk
liku pendakian, kita akan menemui bab pengurusan
pasukan, dalam hal ini saya kira terdapat
kelemahan.
Seperkara yang perlu kita fikirkan bersama hasil
dari kegagalan di
Kejohanan Belia Asia 2006 ini adalah penyataan
bahawa kita perlu segera mencari formula berjaya,
akar kita tidak kejap. Pemain terbaik dunia "Zainuddin
Zidane", telah menyatakan hasratnya untuk
melatih pasukan kebangsaan Bangladesh baru-baru
ini, mengapa tidak kita menawarkannya melatih
belia-belia kita?.
- Mediasukan 2006
DISEBALIK PRESTIJ
PIALA FA …..
Hanya pada tahun 1990, baru kita
mempertandingkan kejohanan kalah mati PIALA FA.
Pertandingan yang membuka peluang, tampa ada
perbandingan antara dua darjat ini, masih
menyaksikkan tidak ada sebuah pasukan Kelab yang
mampu menjejakkan kaki keperlawanan akhir.
Cabaran terbaik pada saingan musim ini hanya
mampu dilakukan oleh Nibong Tebal FA, tapi tewas
disuku akhir kepada Pahang, manakala pasukan
ATM, keupayaan mereka melangkah kepusingan kedua
bolehlah dikira sebagai peningkatan sebelum
tewas kepada Perlis.
Apa yang cuba saya sampaikan disini adalah
faktor kewibawaan dan kualiti serta aspek
tumpuan kemajuan dalam pembangunan bolasepak
dinegara kita.
Mutu permainan pada Final Piala FA diantara
Pahang dan Perlis tidak mencapai tahap kualiti
sebenar yang diharapkan untuk suatu perhitungan
akhir.
Kedua-dua pasukan terlalu berhati-hati dan
kurang berani menampilkan kualiti sebenar
permainan mereka.
Paling ketara, tidak ada sentuhan pemain tengah
yang berwibawa kearah mencorakkan pergerakkan.
Apa pun, tahniah dan syabas untuk pasukan Pahang
diatas kejayaan merangkul Piala FA musim ini.
Buat Perlis pula diharap mereka tidak berputus
asa dan akan kembali lagi keperhitungan akhir
tahun depan
….namun yang pasti banyak lagi rupanya yang
perlu dilakukan didalam meningkatkan teknik dan
kualiti pemain-pemain kita.
- Mediasukan 2006
CUMA BERAKHIR SEBUAH
IMPIAN…..
PIALA THOMAS….adalah piala yang amat sentimental
nilainya buat rakyat Malaysia. Sekiranya Barat
melihat Piala Davis sebagai lambang kemegahan
mereka dalam sukan tennis, kita di Asia
khususnya mengharapkan kejayaan dalam Piala
Thomas.
Selepas merintis perjuangan berliku diperingkat
suku akhir menentang Korea Selatan, skuad kita
tumbang tampa irama rentak tempur ditangan jaguh
eropah Denmark diseparuh akhir.
Saya melihat wajah gugup Chong Wei ketika
berdepan Peter Gade, sambil Hafiz pula tampak
tidak serius dalam permainannya, dia tidak
garang digelanggang.
Buat Chan Chong Ming dan Koo Kien Keat, saya
meramalkan masa depan yang gemilang buat
pasangan ini. Melalui aksi, gaya dan semangat
yang mereka tampilkan, keduanya seakan berjuang
dimedan perang, semangat itu yang mahu
disaksikan.
Kuan Beng Hong tidak harus merasakan dia bagai
bidan terjun dalam kejohanan ini. Seharusnya dia
senantiasa bersedia apabila semboyan juang
dialukan.
Persembahan Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah
wajar dijadikan teladan oleh para pemain pelapis,
kematangan serta semangat mereka menceritakan
segala-galanya.
Biar apa pun kesudahannya, ingatlah, Gimnasium
Metropolitan Tokyo mungkin telah menghancurkan
impian kita, namun masih tidak berupaya
memadamkan api pejuangan untuk membawa kembali
Piala Thomas ke bumi Negara.
- Mediasukan 2006
MELBOURNE DALAM KENANGAN…
Sukan Komanwel Ke-18 di Melbourne telah lebih
seminggu meninggalkan kita, namun perbualan
mengenainya, khususnya tentang prestasi kontijen
kita masih lagi meniti bibir-bibir bualan
sesetengah pihak.
Perolehan 7 pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa
untuk kedudukan tempat ke-8 dari 71 negara yang
mengambil bahagian, perlu kita akui sebagai
sebagai satu pencapaian.
Akan tetapi kejayaan tersebut tetap perlu kita
nilai dari pelbagai sudut, sudut keupayaan,
kewibawaan, semangat serta jauh lebih utama
adalah faktor maruah negara yang perlu kita
pertahankan.
Bagi atlet-atlet negara yang telah menyumbang
pingat, terutama pingat emas, syabas dan tahniah
diucapkan.
Buat mereka yang gagal setelah berjuang,
janganlah berpatah arang, kecewa, rasa hampa dan
sebagainya. Anggaplah apa yang telah dilakukan
di Melbourne sebagai langkahan yang akan lebih
cemerlang dimasa depan.
Mencari punca kepada suatu kegagalan untuk
meningkatkan mutu persembahan adalah tidak salah
untuk dilakukan, namun mencari punca kegagalan
tetapi bersirat jiwa perbalahan amat wajar
dihindarkan.
Ingatlah bahawa memburu kejayaan adalah lebih
mudah tetapi mempertahankan kecemerlangan
lazimnya payah dilakukan, sambil, janganlah
hendaknya kita lupa bahawa dalam sukan,
penyertaan adalah lebih utama daripada nilai
sebuah kejayaan.
Ayuh! kita melihat Doha 2006.
- Mediasukan 2006
CEMERLANGLAH DI
KOMANWEL
Sejak diperkenalkan pada tahun 1930, Sukan
Komanwel merupakan temasya sukan kedua
terpenting selepas Sukan Olimpik.
Diperingkat awal kejohanan ini, lazimnya hanya
acara-acara sukan bersifat individu sahaja yang
dipertandingkan, namun ketika negara kita
menjadi tuanrumah pada 1998, beberapa acara
berpasukan telah diperkenalkan seperti Hoki,
Ragbi, Kriket, dan Bola Jaring.
Kini Sukan Komanwel semakin mencapai tahap Sukan
Olimpik.
Peningkatan penyertaan negara-negara bekas
jajahan British dari lima benua semakin ketara,
malah kualiti dan saingan dikalangan atlet turut
dilihat semakin hebat.
Di Melbourne, negara akan menyandarkan harapan
kepada 162 atlet mewakili 14 daripada 16 acara
sukan yang dipertandingan serta tidak terkecuali
penyertaan 9 atlet Paralimpik.
Kontijen kita akan menyertai 138 acara, 71 orang
melibatkan atlet lelaki, 61 atlet wanita serta 6
atlet campuran.
Persiapan kontijen kita menghadapi kejohanan
kali ini tampak begitu rapi. Daripada program
Gemilang 2006 ditambah dengan program AsiaComm,
seharusnya sasaran pingat yang diumumkan oleh
mereka yang bertanggungjawab itu mampu dicapai
dan harus juga mempunyai kewajaran lebih baik
daripada pencapaian Manchester 2002.
Selamat Berjuang Wira Sukan Negara!!.
- Mediasukan 2006
PEMBANGUNAN BEGINI,
TERANCANG…
Selasa lalu,
Kementerian Pelajaran, Persatuan Bolasepak
Malaysia dengan sokongan 100 PLUS telah
melancarkan program pembangunan sukan bolasepak
melalui pendekatan Kejohanan Bolasepak Piala
Super 100 PLUS.
Pendekatan program
seperti ini sekaligus menyerlahkan akan
kesungguhan FAM khususnya, dalam usaha mereka
untuk melahirkan pemain-pemain baru sebagai
pelapis pasukan negara.
Saya amat tertarik
dengan usaha sebegini cara, kerana ianya lebih
bersifat menyeluruh dan lebih tersusun lagi
berperancangan.
Kita semua sedar
betapa sekolahlah merupakan pentas utama kearah
mengesan, mengasuh serta menggilap bakat-bakat
dalam sesuatu bidang, khususnya sukan.
Pendekatan yang
menjurus ke peringkat akar umbi ini sewajarnya
kita sambut dan sokong oleh semua pihak, kerana
saya yakin sekiranya langkah tersebut
dilaksanakan mengikut alirannya, maka hasrat
kita untuk melihat serta mengangkat kembali mutu
dan maruah bolasepak negara akan berjaya,
InsyaAllah.
- Mediasukan 2006
MALANGNYA
NASIB FEICHTENBEINER…
Kenapa la begitu
akhirnya cara penamatan tugas jurulatih
bolasepak MPPJ, Micheal Feichtenbeiner.
Ianya memang
satu kejutan buat arina bolasepak negara,
seorang jurulatih disingkirkan secara tidak
professional, melalui SMS. Ianya pasti menjadi
satu sejarah hitam buat bolasepak Malaysia.
Bagi saya sukar
difahami kenapa tindakan pengurusan MPPJ hingga
demikian caranya. Jika pun mereka tidak
memerlukan khidmat jurulatih asing itu,
janganlah sampai begitu sekali kaedahnya, ianya
hanya memalukan cara kita mengurus serta
membangunkan sukan bolasepak.
MPPJ kini
menghuni tangga teratas Liga Super dengan rekod
lima menang, seri sekali dan tewas dua kali,
jika diukur prestasi tersebut, ianya agak
memuaskan selepas liga baru mengharungi lapan
perlawanan.
Kini banyak
pihak pasti tercari-cari apakah punca sebenar
penyingkiran Feichtenbeiner. Tindakan orang
dalam deras kedengaran sebagai taktik kotor yang
digunakan keatas jurulatih tersebut, sekiranya
itu betul, ianya hanya memalukan imej korporat
MPPJ sendiri, malah merupakan berita malang buat
masa depan bolasepak kita kerana masih ada
dikalangan mereka yang diharapkan membantu
kearah pembinaan bolasepak negara yang lebih
terancang, secara tidak langsung telah gagal dan
tindakan itu juga mampu menjejaskan imej
pentadbiran sukan bolasepak dinegara ini.
Semuga mesyuarat
dikalangan Setiausaha Agung dan Pegawai
Persatuan Bolasepak Negeri bersama FAM di Pulau
Pinang 3 Februari ini akan memberi perhatian
serius keatas perkara seumpama ini agar ianya
tidak memercikan Lumpur keatas maruah kita dan
bolasepak Malaysia amnya.
- Mediasukan 2006
MY TEAM TAK PAYAH KE BILIK DARJAH?
Terbaru arena
bolasepak negara di datangi oleh siaran akhbar
dari Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia yang
menyangah komen jurulatih MY Team bahawa
sesaorang pemain bolasepak tidak perlu memberi
tumpuan sangat kepada apa yang diajar di dalam
kelas, sebaliknya menumpukan lebih tumpuan
keatas pembelajaran aktiviti terus dipadang.
Pada pandangan
saya sanggahan itu wajar dikeluarkan kerana
konsep pembetukan dan kejurulatihan MY Team
ibarat menongkah arus, lebih-labih lagi ianya
mahu direalisasikan dalam masa yang singkat.
Pendekatan dan
konsep tersebut mampu meleraikan nilai-nilai
murni, bukan setakat dalam asas sistem
kejurulatihan sukan malah perkara hakikat asas
kepada pembetukan seorang ahli sukan yang
berjaya.
Bagi saya arah
tuju My Team lebih dilihat dalam dua persepsi,
pertama dalam menjadikan sukan sebagai aktiviti
hiburan, kedua sebagai platform menjadikannya
sebagai elemen perniagaan melalui sukan.
Biar apa pun arah
tuju MY Team, seharusnya mereka janganlah
meminggirkan elemen pembangunan sukan bolasepak
dalam kontek keseluruhan. Sewajarnya mereka
sedar bahawa tiada jalan singkat dalam sukan,
kejayaan perlu melalui suatu proses pembangunan
yang terancang dan biasanya panjang.
Namun begitu,
memanglah tidak salah penganjuran MY Team, cuma
ketidakwajaran berlaku dalam pelbagai hal, kini
mereka bedepan dengan luahan dari sebuah badan
yang lebih berhak mengutarakan tentang sukan
bolasepak, mungkin ada lagi kot selepas ini…entahlah,
dok teringat mee segera.
- Mediasukan 2006
MY TEAM?
Pentas bolasepak
negara bergoncang lagi, kali ini melalui
pelancaran pasukan yang dinamakan “MY TEAM”.
Objektif pasukan tersebut tampak bernas kerana
mahu membantu usaha Persatuan Bolasepak
Malaysia mencungkil bakat-bakat baru kearah
mengembalikan pasukan bolasepak negara yang
berjaya.
Sebagai pemerhati
sukan bolasepak negara, saya menyokong penuh
sebarang usaha bagi memertabatkan kembali
bolasepak kita, tetapi, yang menghairankan saya,
kenapa tumpuan yang sepatutnya kita berikan
kepada pasukan yang telah, malah semakin hampir
membersihkan imej bolasepak negara tidak begitu
diberi perhatian.
Maksud saya adalah
pasukan yang dibimbing oleh bekas pemain negara
K.Rajagopal yang telah pun layak ke pusingan
akhir kejohanan Bolasepak Asia yang akan
dilangsungkan bulan Oktober depan.
Hampir, yang saya
maksudkan adalah peluang pasukan negara untuk
bertanding dikejohanan Piala Dunia Remaja 2007
terbentang luas, dimana sekiranya kita mara
keperingkat separuh akhir di kejohanan itu, maka
kita akan mewakili Asia ke ke pusingan akhir
Piala Dunia Remaja FIFA. Tidakkah kita
menyedari peluang tersebut?.
Jika saya sebagai
pemain pasukan kebangsaan bawah 20 tahun,
penganjuran rancangan itu ibarat mencabar azam
dan status saya selaku pemain remaja negara.
Usaha ke arah memperbaiki imej bolasepak negara
tampak makin bercelaru. Sekali lagi kita
mungkin melakukan kesilapan kearah perancangan
memertabatkan kembali maruah bolasepak kita,
pendek kata yang dahulu tidak didahulukan, yang
kemudian dikedepankan, dimana peraturan dan
pengawasan?.
Kita sepatutnya
memberi lebih tumpuan kepada pasukan bawah 20
tahun kebangsaan, terutama dari aspek promosi.
Mereka telah membuktikan ketulinan merah darah
pejuangan selaku anak Malaysia menempuh
perjuangan dengan berdepan pertarungan yang amat
mendebarkan ketika diperingkat kelayakan lalu.
Bagi mereka yang berada di Stadium Bolasepak
Kuala Lumpur ketika perlawanan kelayakan
pusingan pertama menentang Myanmar lalu, pasti
terharu melihat bagaimana anak-anak remaja kita
berjuang bermatian-matian biar pun diasak oleh
kerakusan perlawanan serta cemuhan ganas dari
para penyokong lawan.
Malah di Yangon
juga pada pusingan kedua, perjuangan mereka
lebih berliku dengan ranjau. Dilaporkan pasukan
remaja kita berdepan dengan situasi sukar
memperagakan permainan mantap kerana diancam
oleh sorakan mencemuh oleh para penyokong lawan.
Sungguh pun kita
tewas 0-1 dalam perlawanan itu, namun kita tetap
layak ke pusingan akhir yang akan diadakan di
India Oktober depan bersandarkan agregat 5-3.
Sepatutnya ketika
ini kita memberi tumpuan dan perhatian wajar
kepada mereka. Banyak pendekatan yang boleh kita
lakukan, sekurang-kurangnya kita namakan mereka
sebagai sebuah pasukan impian Malaysia, kerana
merekalah yang lebih layak mendapat sanjungan
serta pengiktirafan, biar rakyat negara ini
berkata,merekalah…….MY TEAM.
- Mediasukan 2006
FAIR PLAY LAA….
Minggu lalu kancah TM liga Malaysia di cemari dengan
dua insiden, satu di Stadium Perak dan satu lagi
di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Di Ipoh, Ahmad Shahrul Kapten Pasukan bertindak
diluar etika selaku kapten pasukan dengan
mempertikaikan keputusan pengadil dan penjaga
garisan yang memerintahkan beliau keluar padang
akibat kesalahan yang beliau lakukan.
Menyorot peristiwa perebutan bola dengan pihak
lawan, keputusan Pengadil perlawanan adalah
tepat.
Keputusan pengadil bukan setakat kerana tindakan
balas Shahrul pada pemain lawan, malah pembantu
pengadil juga dilihat telah memainkan peranannya
dengan terlebih dahulu menjelaskan kepada
pengadil bagaimana insiden tersebut terjadi dan
bagaimana ianya mula berputik, disini mungkin
ramai yang tidak menyedari ketika tumpuan lebih
terarah kepada arah pergerakkan bola, pegadil
simpanan atau pembantu pengadil diluar padang
akan mengekori memerhati pergerakkan para pemain
yang beraksi samada kasar dan sebagainya.
Sewajarnya Ahmad Shahrul tidak terlalu emosi
dengan keputusan Pengadil melayangkan kad merah
padanya, kerana biar pun dia mengangap tidak
bersalah, namun hakikatnya ada pihak lain yang
lebih berhak daripadanya untuk menilai serta
memutuskan sebarang bentuk tindakan bersandarkan
peraturan perlawanan dan permainan keatas
sesaorang pemain.
Lebih malang di Stadium Nasional, tindakan
Fairuz Montana, Sanba dan Amri Yahyah nyata
melepasi garisan sesaorang pemain yang dikatakan
professional.
Tindakan meluru kearah penonton tidak wajar
langsung dilakukan biar sejauh mana kecaman dan
kata-kata kesat yang mereka hemburkan.
Penonton berhak merasa kecewa apabila setiap
kali pasukan mereka mengalami kekalahan. Bagi
sesetengah penyokong fanatik mungkin aras
kekecewaan mereka juga melepasi tahap melampau
yang tertentu yang tidak sepatutnya mereka
lakukan, tapi itulah penonton atau penyokong
yang mempunyai seribu satu ragam dan perasaan.
Namun begitu para penyokong juga patut memahami
dan tidak memarahi pemain mereka sendiri, kerana
tindakan sebegitu sebenarnya bukanlah acuan
sebenar sikap seorang penyokong tulen, janganlah
hanya menyokong ketika pasukan menang,
menghemtam ketika kalah, kerana sikap sebegitu
sebenarnya juga tidak baik untuk penyuburan jiwa
sebagai manusia.
Maka sesungguhnya, insiden menjelang malam tahun
baru itu diharap tidak akan berulang lagi
menjelang pertemuan berikutnya esok dan
hari-hari mendatang, bersikaplah dan amalkan
Fair Play buat pemain, pengurusan dan penonton.
- Mediasukan 2006
SELAMAT TAHUN BARU
Sudah dua hari kita di tahun baru 2006. Sekali
lagi kami di mediasukan.com.my mengucapkan
selamat tahun baru kepada anda semua, semoga
2006 akan menambah lebih semangat dan sinar
dalam kehidupan kita bersama.
Pada malam tahun baru lalu, saya di Kuantan bagi
liputan Liga Super, Pahang lawan TM FC. Seperti
yang kita telah ketahui, nampaknya kemarau
kemenangan terus melanda juara pertama Liga
Super itu setelah tewas 1-2.
Saya sempat sekejap sahaja bersalaman dengan
jurulatih Pahang, Zainal dan Ahmad Yusof
bertanyakan khabar. Alhamdulillah, kedua mereka
waktu itu tampak sibuk dengan tugas
masing-masing.
Kemudiannya saya mengunjungi pula bilik
persalinan TM FC, harapan untuk menemuramah
Irfan Bakti bagi mendapatkan maklumat terbaru
pasukannya, tapi sayang, dimaklumkan Irfan minta
tidak mahu diganggu waktu itu, difikiran saya,
kemungkinan Irfan memerlukan sedikit ketenangan
bagi mengelak tekanan menjelang sepakmula.
Pahang melakukan perubahan dalam kesebelasan
utama mereka. Hairuddin Omar kembali beraksi,
begitu juga Rosdi Talib. Yang nyata corak
permainan Pahang tampak mantap melalui
gerakan-gerakan