Misteri Sistem Perisian Keputusan SUKMA
BELUM
ada
petanda
bahawa
jawapan
kepada
misteri
mengapa
Sistem
Perisian
Keputusan
Sukan
Malaysia
(Sukma)
�
yang
'tidak
menjelma'
pada
temasya
di
Terengganu,
bulan
lalu
kan
kelihatan
ketika
ini.
Sebaliknya,
ia
tambah
kusut
apabila
disahkan
bahawa
sistem
berkenaan
�
yang
harga
akhirnya
mencecah
lebih
RM11
juta
daripada
anggaran
awal
hanya
RM1.8
juta
� 'pernah
wujud
seketika'.
Persoalan yang kemudiannya menyusul ialah jika ianya diuji ketika itu, mengapa sistem sepatutnya dibangunkan untuk Sukma di Terengganu itu tiada apabila tiba waktu untuk dimanfaatkan sepenuhnya, bulan lalu?
Dr Ramlan enggan mengulas lanjut � pendirian yang harus disandar hakikat betapa dia kini bukan lagi bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di MSN selepas perpindahan ke ISN, tahun lalu.
"Saya sudah diminta untuk menyiapkan laporan mengenai isu ini kepada Menteri (Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob). Saya kini dalam proses itu," katanya.
Laporan itu berformat kronologi acara buat menceritakan pembangunan berperingkat sistem berkenaan � daripada tempoh perjanjian ditandatangani sehinggalah Dr Ramlan menyerahkan tugas di MSN kepada Datuk Zolkples Embong.
Ketika Sukan Wanita Kebangsaan, sistem berkenaan diuji dan difahamkan berjaya dalam pengendalian sistem keputusan untuk 13 daripada 17 acara dipertandingkan.
Ketika itu juga, sistem perisian keputusan berkenaan diperakui sebagai masih di peringkat pembangunan dan belum siap sepenuhnya.
Lantas, tampak tanggungjawab untuk 'menyambung' penerangan mengenai sistem itu � yang pernah wujud seketika sebelum langsung tidak menjelma � kini harus beralih kepada Zolkples.
Itu tampak pasti. Tetapi seperkara belum pasti ialah siapa sebenarnya � Dr Ramlan, Zolkples ataupun ada pihak lain � perlu menjelaskan kekeliruan mengenai peningkatan mendadak kos sistem berkenaan.
Sebagai rujukan, MSN � ketika membentangkan cadangan sistem itu kepada lembaga pengurusannya selepas Sukma 2004 di Negeri Sembilan � hanya meletakkan anggaran kos pada angka RM1.8 juta.
- Berita Harian
Usah Pertikai Ganjaran RM1 Juta
Norbakti Alias
SIAPAKAH
atlit
negara
yang
bakal
menjadi
menjadi
jutawan
Olimpik
pertama
negara
untuk
menerima
wang
ganjaran
RM1
juta
yang
ditawarkan
untuk
pingat
emas
di
temasya
empat
tahun
sekali
itu.
Dalam
tempoh
38
hari
lagi,
akan
bermula
temasya
sukan
terbesar
dunia
dan
sepanjang
15
hari
pertandingan,
akan
terjawab
penantian
itu
dan
jika
gagal,
kita
terpaksa
menunggu
empat
tahun
lagi
di
kota
London
dan
andai
masih
gagal,
tambahan
empat
tahun
lagilah
maksudnya,
dan
begitulah
seterusnya.
Sepanjang
pembabitan
kontinjen
negara
di
Sukan
Olimpik,
Malaysia
hanya
berjaya
memungut
satu
perak
menerusi
gandingan
Cheah
Soon
Kit-Yap
Kim
Hock
(Atlanta
1996)
dan
dua
gangsa,
masing-masing
menerusi
pasangan
Razif-Jalani
Sidek
(Barcelona
1992)
dan
Rashid
Sidek
(Atlanta
1996).
Sejak
Timbalan
Perdana
Menteri,
Datuk
Seri
Najib
Razak
mengumumkan
imbuhan
RM1
juta
itu
pada
24
Jun
lalu,
pelbagai
reaksi
yang
penulis
dengar
-
ada
yang
menyokong
dan
tidak
kurang
juga
yang
mempersoalkan
imbuhan
selumayan
itu.
Paling
ketara,
mengapa
perlu
beri
ganjaran
besar
ketika
hampir
semua
atlit
sekarang
khususnya
yang
layak
ke
Sukan
Olimpik
menerima
elaun
atau
dalam
erti
kata
lain,
masih
ditanggung
kerajaan
menerusi
Majlis
Sukan
Negara
(MSN).
Penulis
mahu
melihat
ini
secara
positif.
Langkah
itu
wajar
dilihat
sebagai
titik
permulaan
untuk
menjadikan
sukan
satu
kerjaya
yang
kukuh.
Maksud
penulis
apabila
ada
pihak
sudah
nampak
sukan
mampu
menjanjikan
masa
depan
yang
baik,
harapnya
akan
tampil
ramai
golongan
profesional
yang
sanggup
menguruskan
persatuan
sukan
kebangsaan
seperti
sebuah
badan
korporat.
Dengan
cara
itu,
baru
persatuan
sukan
dapat
berdikari
mencari
sumber
kewangan
sendiri,
bukan
seperti
ketika
ini
yang
banyak
bergantung
kepada
bantuan
MSN
kerana
pegawai
persatuan
sedia
ada
lebih
berselindung
atas
tiket
sukarela
yang
sebenarnya
lebih
berkepentingan
untuk
bergeser
bahu
dengan
golongan
VIP.
Bagi
penulis,
atlit
negara
tidak
wajar
dibuat
sebagai
robot
atau
setakat
satu
watak
dalam
sukan
sahaja
yang
hanya
dipuja
ketika
berjaya
tapi
dikutuk
apabila
gagal.
Mungkin
mereka
lupa,
atlit
juga
manusia
biasa
yang
perlu
mencari
makan
untuk
diri
sendiri
dan
keluarga.
Mereka
juga
ada
keinginan
untuk
merasai
kemewahan
-
sesuatu
yang
belum
dijanjikan
dalam
sukan
tempatan.
Tidak
ramai
yang
sedar,
ada
atlit
yang
terpaksa
mengorbankan
pelajaran
atau
pekerjaan
mereka
semata-mata
mahu
menyumbang
tenaga
untuk
menghidupkan
sukan
negara
yang
kian
sukar
mendapatkan
bakat
baru
kerana
masih
ada
ibu
bapa
yang
memikirkan
sukan
tidak
menjanjikan
masa
depan
yang
cerah.
Ada
antara
atlit
ini
yang
mencatat
keputusan
cemerlang
dalam
peperiksaan,
sanggup
menangguh
hasrat
ke
menara
gading
kerana
sedar
karier
dalam
sukan
tidak
mampu
ditangguhkan
manakala
yang
sudah
bekerja,
terpaksa
melupakan
peluang
kenaikan
pangkat
berikutan
sering
mengambil
cuti
untuk
menyertai
latihan
mahu
pun
pertandingan.
Jadi,
salahkah
atlit
ini
untuk
menerima
ganjaran
itu
-
sesuatu
yang
sebenarnya
tidak
begitu
mudah
dicapai.
Lagipun
untuk
layak
ke
Sukan
Olimpik
yang
empat
tahun
sekali
itu
pun
bukan
mudah.
Bagi
penulis,
ganjaran
RM1
juta
-
sesuatu
yang
pernah
disebut
bekas
Menteri
Belia
dan
Sukan,
Tan
Sri
Annuar
Musa
pada
1992
dulu
-
sebenarnya
wajar
dilihat
sebagai
pencetus
tarikan
untuk
ibu
bapa
agar
melihat
sukan
sebagai
satu
kerjaya
buat
anak-anak
mereka.
Menerusi
imbuhan
itu,
mereka
yang
berjaya
akan
terjamin
masa
depan
dan
harap
ibu
bapa
yang
lain
mampu
membuka
mata
dan
sedar
akan
peluang
yang
ada
untuk
anak
mereka.
Apa
tidaknya,
untuk
pingat
gangsa
Olimpik
yang
bernilai
RM100,000,
seseorang
atlit
yang
berusia
25
tahun
mampu
mendapat
hampir
RM1
juta
jika
dicampur
dengan
pencen
RM2,000
sebulan
sehingga
usianya
60
tahun
-
angka
yang
pasti
meningkat
jika
usianya
masih
panjang.
Bagi
tempoh
sama,
RM1.6
juta
mampu
dikumpulkan
untuk
pemenang
pingat
perak
iaitu
RM3,000
pencen
sebulan
dan
imbuhan
RM300,000
manakala
RM3.1
juta
menanti
bagi
pemenang
emas
yang
merangkumi
imbuhan
RM1
juta
serta
pencen
RM5,000
sebulan.
Pemberian
ganjaran
untuk
Sukan
Olimpik
sebenarnya
bukan
baru
malah
Singapura
sendiri
menawarkan
S$1
juta
(RM2.4
juta)
untuk
emas
di
temasya
itu.
Mungkin
di
negara
maju
tidak
menawarkan
imbuhan
seperti
itu
kecuali
Korea
Selatan
yang
memberi
pencen
AS$1,000
sebulan
untuk
pemenang
pingat
emas.
Tapi,
atlit
negara
maju
punya
peluang
menjadi
duta
produk
di
mana
penaja
mereka
menyediakan
bonus
tambahan
untuk
kejayaan
di
kejohanan
utama.
Jadi,
jangan
dipertikaikan
imbuhan
disediakan
kerana
pengorbanan
atlit
lebih
besar
malah
apa
yang
dijanjikan
untuk
mereka
terlalu
kecil
dibandingkan
dengan
hadiah
yang
dianggap
jauh
lebih
lumayan
disediakan
untuk
rancangan
hiburan
realiti
yang
hanya
memakan
masa
beberapa
bulan
sahaja.
Mungkin
ibu
bapa
sekarang
lebih
senang
anak-anak
mereka
terbabit
dengan
dunia
hiburan
berbanding
sukan
kerana
ia
lebih
glamour
dan
tidak
perlu
berdepan
kecaman
secara
langsung
daripada
peminat
sukan.
Fikirlah.

