

Maskot
MASUM bersama pembawa panji-panji semasa perasmian pembukaan
Kejohanan Sukan MASUM fasa 2 di UMS
lagi
foto Majlis perasmian pembukaan
Kejohanan Sukan
MASUM Fasa Kedua
Kejohanan sukan
MASUM fasa kedua
Universiti Malaysia
Sabah (UMS) masuk
hari kedua hari ini.
Semalam Timbalan
Menteri Pengajian
Tinggi Malaysia
Datuk Ir. Hj. Idris
Haron telah
menyempurnakan satu
upacara pembukaan
yang gilang gemilang
yang diadakan di
Stadium UMS.
Menurut Naib
Cancelor UMS Prof.
Datuk Dr. Mohd Noh
Daliman mereka amat
berbangga dipilih
menjadi tuan rumah
kejohanan ini dan
merupakan julung
julung kalinya UMS
sejak ditubukan
dapat menghimpunkan
mahasiswa daripada
kesemua IPTA yang
tedapat di negara
kita.
UMS meneruskan
kesinambungan
kejohanan fasa satu
yang baru tamat
minggu lalu di
Universiti Malaya
(UM) dengan
menganjurkan sebelas
acara berbanding
hanya sembilan
sahaja yang diadakan
di UM.
Dalam acara
taekwondo lelaki dan
wanita yang diadakan
hari ini beberapa
kategori akhir telah
berlangsung.
Wakil tuan rumah UMS
Rosliza Anita Jumar
yang bertanding
dalam bahagian
wanita telah berjaya
membawa pulang
pingat emas kategori
welter weight.
Beliau mengetepikan
tiga pencabar
daripada UiTM, UPSI
dan UMT untuk
menjadi wirawati
kebanggaan UMS.
Sementara dalam
acara lelaki Md
Yuzairi Deraman
daripada UiTM telah
menggondol pingat
emas acara light
weight dengan
mengalahkan peserta
daripada UIAM, UMS
dan UDM.
Manakala Supardi
Mohd Sani yang
mewakili UiTM
mengungguli acara
weltwr weight
mengalahkan tiga
lagi wakil daripada
UIAM, UNIMAP dan
UTM