|
Debaran
Menanti
Siapakah
Olahragawan
dan
Olahragawati
MASUM 2007 |
Dikemaskini :
10 Apr 2008 11:48 PM
ANUGERAH SUKAN
UNIVERSITI MALAYSIA
(MASUM) 2007
akan berlangsung di
Johor Bahru pada 12
April ini dengan
menyaksikan saingan
sengit dikalangan
atlet-atlet sukan
negara yang ramai
berpengkalan di
universiti.
Senarai pendek
pencalonan bagi
kedua-dua ketegori
menyaksikan lima
atlet akan bersaing
untuk dinobatkan
selaku Olahragawan
dan Olahragawati
MASUM 2007.
Calon-calon ketegori
Olahragawan dan
Olahragawati adalah
seperti berikut;
ZULMAJDI ZAKARIA
Atlet kayak
Universiti Teknologi
Malaysia, menyertai
Sukan SEA Korat,
Thailand 2007
menduduki tempat
keenam.
Meraih gangsa di
Kejohanan SEARF
Pattaya dan pingat
perak di Merlion
Rowing Championship,
Singapura. ZULMAJDI
ZAKARIA juga
memperoleh emas pada
Sukan MASUM 2007 dan
UNITEN Rowing
Championship.
MUHAMMED ZAIM
ZULFADHLIE SAID
Unggul dalam sukan
boling, meraih emas
dalam acara bergu,
trio, campuran dan
masters di Sukan
Arafura 2007.Turut
cemerlang selaku
juara di Handicap
Classic. Siswa
Universiti Islam
Antarabangsa ini
juga meraih pingat
Perak individu di
SIPMA dan finalist
terbuka Pahang dan
Milo International
Junior All Star.
SIRICHAI MANICHORTE
SULONG
Mewakili negara ke
kejohanan
Persahabatan
K1-Shanghai.
Siswa Universiti
Pertahanan Nasional
Malaysia ini juga
memperoleh pingat
emas di MMU
Intervarsity TKD
Championship dan
tempat kedua di
pertandingan
Ultimate Warrior di
Bantam. Belia juga
merupakan
olahragawan UPNM
tahun 2007.
MOHAMAD SUKRI ABD.
MUTALIB
Mewakili pasukan
hoki Negara di
beberapa kejohanan
peringkat
antarabangsa di
India dan China.
Beliau turut
mewakili Ernst&Young
dalam saingan liga
hoki kebangsaaan.
Siswa Universiti
Putra Malaysia ini
pernah mendapat
gelaran olahragawan
Sekolah Sukan Bandar
Penawar.
MUHAMMAD AHNAF
TARMIDI
Memperoleh gangsa
dan tempat keempat
dalam Sukan
Terengganu 2007.
Berjaya melayakkan
diri ke peringkat
akhir acara 500
meter dan 1000 meter
di Kejohanan Kenu
Kebangsaan. Layak ke
peringkat separuh
akhir sukan masum
dalam acara 1000
meter
CALON-CALON
OLAHRAGAWATI;
PUAH PEI SAN
Mewakili negara di
Kejohanan Dunia
ke-12 Auckland dan
salah seorang
tonggak utama
pasukan Negara di
Sukan Arafura 2007
dalam sukan bola
jaring. Pelajar
Universiti Teknologi
Malaysia ini juga
telah membantu
pasukannya muncul
johan di Pesta Bola
Jaring USM dan Sukan
MASUM. Merupakan
olahragawati UTM
tahun 2007/2008.
ZATIL IMAN ABDUL
GHANI
Cukup menyerlah
dalam arena boling
Negara. Meraih
pingat perak di
Kejohanan Remaja
Asia, Beijing. Di
Sukan Sea 2007,
ZATIL IMAN ABDUL
GHANI membantu
pasukan negara
menyapu bersih
pingat emas bagi
acara regu,trio dan
berpasukan.
Kejayaan lainnya,
memperoleh emas di
Sirkit MASUM I dan
Sirkit MASUM II.
Merupakan bintang
harapan Masum 2006.
ROSLINDA SAMSU
Cukup gah sebagai
atlet lompat
bergalah Negara.
Siswi Universiti
Putra Malaysia ini
cemerlang menjuarai
Kejohanan Track &
Field Asia, juga
mendapat emas di
Sukan Sea 2007 dan
tempat kelima di
kejohanan
Universiade. Rolinda
antara atlet IPT
yang layak ke sukan
Olimpik Beijing Ogos
ini.
FARIDAH SULONG
Bakatnya yang cukup
menyinar dan
berpotensi besar
dalam sukan kayak.
Mendapat tempat
keempat di Kejohanan
Kenu Kebangsaan,
meraih emas di Sukan
MASUM. Olahragawati
Universiti Tun
Hussien Onn Malaysia
2007 ini juga pernah
melayakkan diri
sebagai peserta
peringkat akhir di
kejohanan Varsity
Boat Race 2007.
LEE YUEN HONG
Siswi Universiti
Sains Malaysia ini
merupakan pemenang
pingat perak Asia
Karate Championship
Singapore kategori
individu dan
membantu pasukannya
meraih pingat perak
di Kejohanan Terbuka
Tae Kwon Do
Malaysia. Di
National Senior
Karate Championship,
beliau memperoleh
pingat perak.
Majlis
penganugerahan sukan
MASUM 2007 turut
akan memilih atlet
IPT yang akan
dikalungkan sebagai
Bintang Harapan
Lelaki dan Wanita,
Pasukan Terbaik
Lelaki dan Wanita,
Pengurus Terbaik,
Jurulatih Terbaik,
Tokoh Pemimpin Sukan
MASUM, Anugerah
Sekalung Budi serta
Anugerah Rakan Sukan
MASUM.
Y.B. Menteri
Pengajian Tinggi
Malaysia Datuk Seri
Mohamed Khaled
Nordin akan
merasmikan majlis
anugerah kali ini
yang akan diadakan
di Persada Johor
International
Covention Centre,
Johor Bahru, jam
8.00 malam.
Majlis Anugerah
Sukan MASUM diadakan
bertujuan memberi
pengiktirafan dan
mehargai sumbangan
atlet dan
pegawai-pegawai
serta individu yang
telah mengharumkan
nama MASUM dan
negara dalam
lapangan sukan
tanahair dan
antarabangsa dengan
pencapaian yang
cemerlang.
Universiti Teknologi
Malaysia telah
dipertanggungjawabkan
untuk mengelola
Majlis Anugerah
Sukan MASUM 2007.