|
Roslinda
& Mohammad
Sukri -
Atlet
Terbaik
MASUM |
Dikemaskini :
13 Apr 2008 11:03 AM
Pemain hoki negara
Mohammad Sukri Abdul
Mutalib dan atlet
lompat bergalah
Roslinda Samsu
dipilih sebagai
Olahragawan dan
Olahragawati Majlis
Sukan
Universiti-Universiti
Malaysia (MASUM)
2007 di sini malam
ini.
Kedua-dua pemenang
tersebut mengalahkan
empat calon lain
dalam kategori
masing-masing untuk
membawa pulang trofi
serta hadiah wang
RM3,000.
Menteri Pengajian
Tinggi Datuk Khaled
Nordin menyampaikan
anugerah dan hadiah
wang kepada pemenang
tersebut di Pusat
Konvensyen Persada ,
Johor Bahru.
Roslinda, atlet
kelahiran Kedah
merupakan pelajar
tahun kedua dalam
jurusan sains sukan
di Universiti Putra
Malaysia (UPM)
manakala Mohammad
Sukri merupakan
pelajar tahun
pertama jurusan sama
di universiti
berkenaan.
"Saya amat bangga
untuk meraih gelaran
ini walaupun tidak
mengeluarkan setitik
peluh seperti dalam
saingan acara lompat
bergalah," kata
Roslinda yang layak
ke Sukan Olimpik
Beijing Ogos ini.
Beliau adalah antara
22 pelajar
universiti awam
negara yang membawa
pulang pingat emas
pada Sukan SEA Korat
Disember lepas.
Mohammad Sukri
bagaimanapun tidak
hadir menerima
anugerah tersebut
kerana sedang
menyertai pasukan
negara pada pusingan
kelayakan Sukan
Olimpik di Jepun.
Sementara itu,
petinju Muhammad
Farkan Mohd Haron
dari Universiti
Teknoloji Mara
memenangi anugerah
Olahragawan Harapan
manakala atlet sukan
menembak Norain
Ibrahim dari UPM
dinobatkan sebagai
Olahragawati Harapan.