Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Azizulhasni Buru Catatan Baru 200m

 


Dikemaskini : 16 Apr 2008 08:20 AM
 

AZIZULHASNI Awang berharap kejayaan di Kejohanan Trek Berbasikal Asia (ACC) di Nara City, Jepun minggu lalu dapat menyuntik semangatnya untuk memperbaiki catatannya dalam acara pecut 200 meter menjelang Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini.

Dia yang memenangi acara itu dan keirin, adalah pemegang rekod kebangsaan dan Asia dengan masa 10.160 saat yang dilakukan di Kejohanan Dunia di Manchester, bulan lalu, berharap catatan itu dapat dikurangkan menjelang Sukan Olimpik nanti.

"Saya sebenarnya menggemari kedua-dua acara pecut dan keirin, tetapi saya mahu memperbaiki catatan saya dalam acara pecut menjelang Sukan Olimpik," kata Azizulhasni.

 

Habuan RM48,000 diterima atlit berbasikal trek kebangsaan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) semalam, ekoran kejayaan membawa pulang tiga emas, tiga perak dan satu gangsa di ACC.

Selain Azizulhasni yang muncul penerima terbanyak dengan RM21,666 menerusi Skim Hadiah Kemenangan, turut menyumbang emas adalah Mohd Rizal Tisin (1 kilometer ujian masa), perak pula menerusi Fatehah Mustafa (keirin dan 500m ujian masa) dan trio pecut lelaki (Azizul, Rizal dan Mohd Edrus Md Yunus) dan gangsa oleh Urreca Leow (pecut individu).

"Ketika di Jepun, John Beasley (jurulatih) mengingatkan kami adalah pasukan bukan pilihan dan pendekatan yang digunakan itu membolehkan saya dan rakan-rakan lain mengayuh tanpa sebarang tekanan.

 

 

 

Cetak laman ini