|
Chong Wei
Buru Gelaran
Kedua ABC |
Dikemaskini :
16 Apr 2008 08:30 AM
Lee
Chong Wei kembali
semula ke gelanggang
yang membawa
pelbagai kenangan
manis dalam
kariernya sebagai
pemain badminton
bertaraf dunia pada
masa ini.
Chong Wei amat pasti
bahawa Stadium
Tertutup Majlis
Bandaraya Johor
Baharu di sini akan
menyambut
kepulangannya dengan
hati terbuka apabila
Kejohanan Asia (ABC)
bernilai US$125,000
(RM396,000) bermula
esok.
Apabila pemain
berusia 26 tahun itu
menumpaskan Boonsak
Polsana dari
Thailand untuk
merangkul gelaran
ABC pada 2006,
penonton di stadium
berkenaan turut
berkongsi
kegembiraan Chong
Wei.
Bagaimanapun,
penonton tidak
mengutuk persembahan
malah lebih
bersimpati apabila
pemain nombor satu
negara itu tewas
kepada juara
bertahan Taufik
Hidayat dari
Indonesia di
peringkat suku akhir
tahun lepas.
Pemain kelahiran
Pulau Pinang itu
lebih selesa di
stadium yang dibina
khusus untuk Sukan
Sukma 1992.
Menang atau kalah,
Chong Wei pasti tahu
bahawa sokongan
penonton di stadium
berkenaan tetap
bersamanya ketika
memerlukan,
lebih-lebih lagi
dengan penampilan
tiga pemain terbaik
China, Lin Dan, Bao
Cunlai dan Chen Jin.
"Seperti biasa
pemain dari China
sentiasa menjadi
ancaman kepada saya.
Tapi saya yakin
dapat mara ke
separuh akhir dengan
menentang Cunlai,
jika mengikut
perkiraan ranking
pemain pilihan tanpa
sebarang kejutan.
"Walaupun berdepan
dengan lawan-lawan
yang pernah saya
hadapi sebelum ini,
namun saya tidak
berasa tertekan
untuk menjuarainya,
" kata Chong, yang
disenaraikan sebagai
pemain pilihan kedua
dalam kejohanan ini.
"Saya harus memberi
tumpuan pada setiap
perlawanan serta
pihak lawan dan itu
merupakan kunci
kejayaan," katanya.
Chong Wei, juara
Terbuka Malaysia
Januari lepas, masih
belum menambah
gelaran selepas itu
apabila tewas kepada
pemain nombor satu
dunia Li Dan pada
perlawanan akhir
Terbuka Swiss dan
disingkirkn pada
saingan separuh
akhir oleh Chen Jin
pada Kejohanan
All-England.
Mengikut pemerhati
sukan itu, kontinjen
China meletakkan
harapan kepada Chen
Jin untuk membawa
pulang gelaran ABC
di sini, mengumpul
mata untuk
memperkukuhkan
kedudukan sebagai
pemain nombor empat
dunia serta tiket
automatik ke Sukan
Olimpik Beijing Ogos
ini.
Mengikut peraturan
acara badminton
dalam Sukan Olimpik,
sesebuah negara
hanya dibenarkan
menyenaraikan
maksimum tiga pemain
sahaja yang
menduduki ranking
terbaik dalam
senarai Persekutuan
Badminton Dunia.
Ketua jurulatih
negara Yap Kim Hock
berkata rancangan
China menampilkan
skuad perseorangan
yang begitu mantap
jelas secara ketara
di sini.
"Mereka mahu semua
tiga pemain utama
mereka layak ke
Sukan Olimpik dan
mahu memastikan
pemainnya menjadi
empat pemain pilihan
bagi meningkatkan
peluang meraih emas
di Beijing," katanya.
Hakikatnya, Yap
lebih memikirkan
nasib beregu lelaki
Koo Kim Keat dan Tan
Boon Heong yang
kelihatan hilang
sentuhan emas sejak
kebelakangan ini.
Selain itu, beliau
juga perlu melihat
persembahan beregu
muda, Zakry Abdul
Latif dan
Fairuzizuan Tazari
yang boleh melakukan
kejutan pada kempen
Malaysia pada
kejohanan Piala
Thoms di Jakarta
bulan depan.
Di samping itu,
kejohanan di sini
juga akan menilai
peluang pemain
perseorangan wanita
nombor satu negara
Wong Mew Choo tanpa
kehadiran pemain
wanita utama China.
"Saya harap pasukan
China akan turun ke
gelanggang dengan
kekuatan sepenuhnya
dan ia akan menjadi
medan baik untuk Mew
Choo menilai
persembahannya
selepas beralih ke
jurulatih Misbun
Sidek," kata Yap.
Mew Chew, juara
Terbuka China tahun
lepas, kini diberi
status pemain
pilihan kedua di
belakang juara 2006
Wang Chen dari Hong
Kong.