|
Perenang
Wanita
Negara Juara
Keseluruhan
Kapas Marang
International
Swimathon |
Dikemaskini :
14 Apr 2008 07:35 AM
Perenang wanita
negara Kimberly Yap
berjaya mengalahkan
196 peserta dari
dalam dan luar
negara untuk muncul
sebagai juara
keseluruhan Kapas
Marang International
Swimathon 2008,
anjuran Majlis
Tindakan Pelancongan
Negeri Terengganu di
sini, Ahad.
Beliau turut
menjuarai kategori
wanita 20 tahun ke
atas setelah
menamatkan
perlumbaan dengan
berenang sejauh 5.6
kilometer dari
pantai Pulau Kapas
ke Pantai Kelulut
dengan catatan masa
1 jam 27 minit dan
23 saat.
Ini sekali gus
melayakkannya
membawa pulang
hadiah piala
pusingan bersama
wang tunai RM3,000
selain hadiah
penajaan yang lain.
Seorang lagi peserta
negara Kohing Antak
berjaya muncul
sebagai juara
kategori lelaki 20
tahun ke atas dengan
masa 1 jam 38 minit
44 saat.
Bagi kategori lelaki
36-49 tahun pula,
tempat pertama
disandang oleh Elmar
Schuberth dari
Austria dengan masa
1:28.14s, Yap Yee
Ming (Malaysia)
tempat kedua
1:36.04s dan Aley
Tung (Singapura)
tempat ketiga
1:42.50s.
Tiga peserta yang
memenangi acara
lelaki tertutup
iaitu Nur Adli
Safwan di tempat
pertama, Nor Mohd
Ibrahim (kedua) dan
Tan Weng Hin (ketiga).
Alwin Lim Ahi Quan,
Jacob Ooi Wei Teong
dan Nur Adli Safwan
pula masing-masing
memenangi tempat
pertama, kedua dan
ketiga menguasai
kategori junior
lelaki 12-19 tahun.
Dalam acara lelaki
50 tahun ke atas
(senior veteran)
tempat pertama
dimenangi Han Ah Wah,
Ow Chong Kah (kedua)
dan Hassan Mohd (ketiga),
ketiga-tiganya dari
Malaysia.
Hadiah disampaikan
oleh Pengerusi
Jawatankuasa
Pelancongan,
Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan Negeri
Datuk Za'abar Mohd
Adib.