|
Josiah Ng
Mahu Lakukan
Yang Terbaik
Pada Olimpik
Beijing |
Dikemaskini :
13 Apr 2008 11:18 AM

Pelumba basikal trek
negara Josiah Ng
mahu melakukan yang
terbaik dalam
penyertaan kali
keduanya pada
Olimpik Beijing
selepas menimba
pengalaman pertama
menyertai kejohanan
Olimpik Athens
sebelum itu.
"Dalam olimpik
pertama, saya tidak
tahu apa yang nak
dijangkakan dan saya
menyertainya sekadar
mencari pengalaman.
Tetapi kali ini saya
lebih bersedia.
"Saya akan membuat
sedaya upaya. Saya
mahu menang pingat.
Inilah matlamat saya
sepanjang karier
saya. Saya mahu
lebih fokus dan
tidak mahu
membiarkan tekanan
mengganggu saya dan
akan mengelakkan
sebarang kecederaan,"
katanya kepada
pemberita di sini
hari ini.
Josiah dan Azizul
Hasni Awang bakal
mengetuai kumpulan
pelumba basikal
negara ke Beijing
untuk menyertai tiga
acara iaitu keirin,
200m pecut dan pecut
berpasukan.
Beliau dan Azizul
kini masing-masing
menduduki ranking
ke-11 dan ke-12
keirin dunia.
Mereka yang disertai
kombinasi pasukan
pecut yang terdiri
daripada Edrus Yunus,
Junaidi Nasir dan
Rizal Tisin menjadi
sandaran terbaik
Malaysia di Beijing
Ogos ini. Mengenai
persiapan beliau dan
rakan-rakannya,
Josiah berkata: "Setakat
ini semuanya
berjalan lancar.
Kita hanya
memerlukan beberapa
penyesuaian lagi
dalam tempoh tiga
bulan ini."
Mereka akan berlatih
di Melbourne pada
Jun atau Julai dan
di Hyeres, Perancis
sebelum ke Beijing,
katanya.