|
Keputusan
Terbaik
Musim Ini
Buat
Malaysia |
Dikemaskini :
14 Apr 2008 07:32 AM
Pasukan A1 Malaysia
mencatat keputusan
terbaik musim ini
dalam perlumbaan
Sprint di Piala
Dunia Motorsport
A1GP, Shanghai,
China.
Menurut laman web
rasmi pasukan itu,
penamatan yang kukuh
di tempat keempat,
dalam perlumbaan
Sprint dan didahului
tempat keenam dalam
perlumbaan Feature
utama bagi Malaysia
dengan Alex Yoong
memandu kereta
negara.
Perlumbaan Sprint
dimenangi oleh Neel
Jani, Switzerland
yang mencatat masa
15 minit 59.612 saat.
Mengekori Jani ialah
Robert Wickens,
Kanada; dan Filipe
Albuquerque,
Portugal
masing-masing dengan
16:04.255s dan
16:04.947s.
Sementara dalam
perlumbaan F eature,
pelumba Amerika
Jonathan Summerton
memberikan
kementangan sulung
kepada pasukannya
dengan catatan masa
1'02:25.206s dalam
perlumbaan 38
pusingan.
Albuquerque,
Portugal di tempat
kedua 1'02:34.935s);
dan Adam Carroll,
Ireland ketiga
(1'02:40.509s).
Sementara itu, ketua
eksekutif pasukan
Jack negara itu,
Cunningham berharap
Yoong dan kereta
pasukan itu akan
meneruskan momentum
yang baik itu hingga
ke pusingan akhir.
Pusingan akhir Piala
Dunia Motorsport
A1GP 2007/08 bagi
musim ini akan
berlangsung di
Brands Hatch di
Kent, United Kingdom
dari 2-4 Mei.