|
Kedah, Perak
Mula Bangkit |
Dikemaskini :
03 Apr 2008 09:48 AM
DUA wakil negara
dalam Piala AFC,
Kedah dan Perak
mempamerkan
kebangkitan dalam
kejohanan itu
selepas
masing-masing
menundukkan lawan
dari Hong Kong
dengan skuad Hijau
Kuning menewaskan
South China 3-1 pada
aksi Kumpulan D di
Hong Kong manakala
Perak menjinakkan
Kitchee 2-1 pada
aksi Kumpulan E di
Ipoh, malam tadi.
Perak hanya
memerlukan 11 minit
memecah kebuntuan
menerusi rembatan
kencang pemain
tengah, Hardi Jaafar
dari jarak 25 meter
yang gagal ditangkap
penjaga gol Kitchee,
Wang Zhenpeng.
Gol pendahuluan itu
memberi keyakinan
kepada tuan rumah
mengawal permainan
dengan beberapa
serangan merbahaya
ke kawasan Kitchee,
namun barisan
serangan Perak gagal
menyempurnakan
peluang untuk
menambah jaringan
pada babak pertama.
Kegagalan Perak
menambah jaringan
memberi keyakinan
kepada Kitchee
bangkit selepas itu
dengan gerakkan
merbahaya, namun
penjaga gol Hamsani
Ahmad bertindak
cemerlang
menyelamatkan
beberapa percubaan
penyerang lawan, Chi
Wing Leung untuk
memastikan tuan
rumah mendahului
pada babak pertama.
Usaha Kitchee
akhirnya berhasil
apabila Goran
Stankovski
menyamakan kedudukan
pada minit ke-73
tetapi Perak
memastikan
kemenangan menerusi
jaringan Mario
Barios pada masa
kecederaan.
Di Stadium Mongkok,
Hong Kong, Kedah
yang tewas 1-5
kepada Home United
pada perlawanan
sebelum ini,
memulakan perlawanan
dengan baik apabila
membuka jaringan
pada minit ke-31
menerusi Badrol
Bakhtiar.
Namun, tuan rumah
berjaya menyamakan
kedudukan menerusi
pemain import,
Cristiano Pereira
pada minit ke-59
sebelum Marlon Alex
James kembali
meletakkan pelawat
di depan pada minit
ke-65.
Kedah kemudian
memastikan
kemenangan menerusi
jaringan Samransak
Kram, lima minit
sebelum permainan
tamat untuk
mengesahkan tiga
mata berharga dibawa
pulang ke Alor Star
bagi membuka peluang
ke suku akhir
Petikan dari Berita
Harian Online