|
Nik
Mahmud Calon
Ganti Elyas
Sebagai
Pesuruhjaya
Sukan |
Dikemaskini :
10 Apr 2008 02:01 PM
Persoalan siapa yang
bakal menyandang
jawatan Pesuruhjaya
Sukan terjawab
apabila Kementerian
Belia dan Sukan (KBS)
mengumumkan
pengerusi Panel
Penasihat Sukan
(SAP) Datuk Nik
Mahmud Nik Yusuf
telah dicalonkan
bagi mengisi jawatan
itu.
Menteri berkenaan
Datuk Ismail Sabri
Yaakob berkata Nik
Mahmud merupakan
calon tunggal yang
diputuskan untuk
mengisi jawatan yang
akan dikosongkan
oleh Tan Sri Elyas
Omar yang akan tamat
kontraknya pada
Isnin depan (14
April).
"Namun pelantikannya
hanya akan disahkan
setelah mendapat
kelulusan daripada
agensi mengenai
penjawatan awam,
selain beliau
melepaskan jawatan
selaku pengerusi
SAP," katanya kepada
pemberita di sini.
Ismail berkata KBS
turut mencadangkan
jawatan itu
diberikan secara
kontrak kepada Nik
Mahmud selama
setahun.
"Pemilihannya adalah
bertepatan kerana
beliau merupakan
seorang yang
berpengetahuan dan
berpengalaman luas
dalam berurusan
secara terus dengan
persatuan-persatuan
sukan," katanya.
Bagi jawatan
pengerusi SAP,
Ismail berkata
beberapa nama telah
disenaraikan bagi
menggantikan Nik
Mahmud namun ia akan
diumumkan kemudian.
Sementara itu Nik
Mahmud ketika
ditemui berkata
beliau akan menunggu
surat pelantikan
rasmi mengenai
perkara itu, dan
berterima kasih
kepada menteri
kerana memberikan
kepercayaan
kepadanya.
Nik Mahmud berkata
setelah mendapat
surat pelantikan
nanti, satu
perjumpaan akan
diatur dengan Elyas
bagi membincangkan
beberapa perkara
berkaitan persatuan
serta penyerahan
tugas.
Jawatan Pesuruhjaya
Sukan menjadi
tumpuan sebelum ini
kerana ia melibatkan
beberapa masalah
berkaitan
persatuan-persatuan
sukan sehingga ada
yang telah menjadi
kes mahkamah.