|
Obor
Sukan Olimpik
Tiba Di China |
Dikemaskini :
03 Apr 2008 09:44 AM

China menyambut
ketibaan obor
Sukan Olimpik
dalam satu
upacara
gilang-gemilang
di Dataran
Tiananmen, 130
hari sebelum
sukan itu
bermula di sini.
Presiden Hu
Jintao kemudian
menyerahkan obor
itu kepada jaguh
lari lompat
pagar China, liu
Xiang, untuk
dibawa ke 21
bandar raya di
luar tanah besar
China dari esok
hingga 3 Mei ini.
Naib Presiden Xi
Jinping yang
berucap bagi
pihak kerajaan,
berkata China
akan berusaha
menjadikan sukan
itu sesuatu yang
unik dan terbaik.
Katanya China
dan rakyatnya
mengalu-alukan
kedatangan ahli
dan peminat
sukan dari
seluruh dunia ke
Sukan Olimpik di
sini.