Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Atlit Angkat Berat Masih Berpeluang Ke Olimpik

 


Dikemaskini : 29 Apr 2008 09:06 PM

 

Walaupun gagal menempah kedudukan selesa pada Kejohanan Angkat Berat Asia di Jepun hari ini, atlit angkat berat negara, Amirul Hamizam Ibrahim dan Mohd Faerul Talib masih berpeluang untuk bertanding di Sukan Olimpik Beijing Ogos nanti.

Hari ini, Mohd Faerul berjaya mengangkat seberat 132 kg bagi acara snatch ketegori 69 kilogram untuk mengatasi rekod kebangsaan seberat 110 kilogram.

Amirul turut mencipta rekod baru dalam kategori 56 kg snatch dengan angkatan 121 kg yang memecahkan rekod lama seberat 117.5 kg.

Setiusaha Kehormat Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Suhaimi Khamis berkata beliau percaya kedua-dua atlit ini masih lagi mempunyai harapan untuk layak ke Olimpik namun keputusaan hanya akan diketahui secara rasmi selepas mesyuarat jawatankuasa pengadilan dan teknikal pertandingan diadakan.

"Jika dinilai dari sudut angkatan individu, saya yakin bahawa Amirul dan Mohd Faerul boleh layak ke temasya yang paling berprestij itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya keputusaan akan dibuat oleh jawatankuasa tersebut selepas tamat kejohanan pada 1 Mei ini.

Suhaimi juga agak terkilan kerana Muhammad Hidayat Hamidon tidak membuat sebarang angkatan dalam kejohanan itu.

"Saya rasa dia gagal untuk membuat angkatan kerana mengalami masalah berat badan," katanya.

Sebelum masuk pertandingan, setiap atlit angkat berat perlu ditimbang untuk memastikan bahawa berat badan mereka tidak melebihi had berat ketegori yang disertai.

Walaupun kejohanan akan tamat pada 1 Mei, pasukan negara akan pulang esok kerana semua atlit telah menamatkan acara masing-masing.
 

Dipetik dari Bernama

 

 

Cetak laman ini