|
SIC Tawar
Tiket
Diskaun
Perlumbaan
Super GT |
Dikemaskini :
10 Apr 2008 01:58 PM
Sepang International
Circuit (SIC) akan
menawarkan diskaun
50 peratus bagi
pembelian 10,000
tiket pertama bagi
menyaksikan
perlumbaan siri
Super GT Malaysia di
Litar Sepang pada 20
hingga 22 Jun ini.
Malaysia menjadi
tuan rumah pusingan
keempat siri Super
GT musim 2008.
"Tawaran ini terhad
kepada 5,000 tiket
pertama untuk tempat
duduk grandstand
utama dan 5,000 lagi
grandstand K1," kata
pegawai akhbar SIC
Azhar Ghazali dalam
kenyataan hari Rabu.
Katanya tawaran itu
adalah fasa pertama
kempen promosi acara
itu termasuk jelajah
"Ratu-Ratu GT" dari
Jepun ke seluruh
negara and
pelancaran rasmi
acara itu di sini
bulan depan.
Tiket bagi pakej dua
hari dikurangkan
dari RM150 kepada
RM75 bagi tempat
duduk di grandstand
utama manakala RM40
dari harga biasa
RM80 bagi tempat
duduk di grandstand
K1.
Bagaimanapun, tiket
diskaun 50 peratus
hanya boleh didapati
di kaunter tiket di
litar berkenaan dan
Pejabat Jualan Tiket
SIC di KL Sentral
sehinga 15 Mei ini.
Azhar berkata
selepas 10,000 tiket
itu habis dijual,
sebanyak 10 peratus
diskaun akan
ditawarkan iaitu
RM135 bagi tempat
duduk grandstand
utama dan RM72 bagi
grandstand K1.
SIC juga akan
menawarkan pakej
pelajar dengan
diskaun 50 peratus
sehingga 22 Jun ini
bagi tempat duduk
grandstand utama.
"Pakej keluarga
berharga RM375 bagi
tempat duduk di
grandstand utama
bagi dua orang
dewasa dan dua
kanak-kanak. Tiada
bayaran dikenakan
bagi kanak-kanak
berusia tujuh tahun
ke bawah," katanya.
Menurutnya acara
"Pit Walkabout" pada
hari perlumbaan dan
acara "Circuit
Safari Experince"
berharga RM100
manakala bayaran
meletakkan motosikal
ialah RM2, RM5 (kereta)
dan RM20 bagi bas.