|
Chong Wei
Tersentak
Seketika
Sebelum Mara |
Dikemaskini :
18 Apr 2008 11:31 AM
Pemain utama negara
Lee Chong Wei
terserentak seketika
sebelum berjaya
mengatasi pemain
China pada pusingan
kedua Kejohanan
Badminton Asia (ABC)
di Stadium Tertutup
MPJB di sini Rabu
malam.
Bagaimanapun, Zhu
Wei Lun memberi
kejutan awal apabila
menumpaskan Chong
Wei 21-17 sebelum
pemain negara itu
bangkit untuk
menyamakan kedudukan
dengan 21-16 pada
set kedua.
Chong Wei, pemain
pilihan kedua,
kemudian membuktikan
kemampuan dan
statusnya sebagai
pemain perseorangan
lelaki nombor dua
dunia, dengan
memenangi set
penentuan 21-6.
Sebelum itu, Chong
Wei membuka kempen
memburu gelaran
kedua dalam siri ini
selepas 2006 dengan
mudah mengetepikan
Taningsak
Saensoomboonsuk dari
Thailand 21-13,
21-13.
"Saya tidak pernah
bertemu dengan Wei
Lun sejak Kejohanan
Remaja Asia pada
2000 dan saya sukar
mempelajari rentak
permainannya pada
set pembukaan.
Tetapi sebaik sahaja
saya telah
menyesuaikan diri,
saya tahu dapat
menewaskannya, "
kata Chong Wei.
Dalam perlawanan
lain, pemain pilihan
utama Lin Dan dari
China turut
mengalami nasib yang
sama sebelum
melepasi pusingan
kedua tanpa sebarang
kejutan.
Perlawanan pembukaan
yang mudah ke atas
Andreas Adityawarman
dari Indonesia tidak
menjanjikan laluan
senang terhadap
pemain nombor satu
Vietnam Nguyen Tien
Minh.
Diibaratkan sebagai
seorang pejuang
bersemangat kental,
Tien Minh tidak mahu
mengalah dengan
mudah apabila
mencuri mata pertama
21-19 sebelum Lin
Dan menunjukkan
keunggulan
sebenarnya dengan
21-14, 21-16.
Lin Dan akan
menentang pemain
Singapura Ronald
Susilo pada pusingan
ketiga esok.
Seorang lagi pemain
berbisa dari China,
Bao Chunlai, tidak
menghadapi saingan
sengit sebelum
melangkah ke
pusingan ketiga
dengan menentang
pemain negara
Muhammad Hafiz
Hashim.
Muhammad Hafiz juga
layak ke pusingan
ketiga selepas
menumpaskan rakan
sepasukan Mohamad
Arif Latif dengan
diiringi pemain
negara Wong Choon
Hann yang memburu
mata untuk layak ke
Sukan Olimpik
Beijing Ogos ini.
Pemain perseorangan
wanita negara Wong
Mew Choo dengan
mudah melepasi
halangan pertama
dengan menewaskan
pemain Vietnam Ngoc
Nguyen Nhung Le dan
akan menentang
Porntip
Buranaprasertsuk
dari Thailand pada
pusingan kedua esok.