|
Malaysia
Hanya Di
tempat
Ketiga |
Dikemaskini :
14 Apr 2008 07:30 AM
Skuad lelaki negara
menamatkan pusingan
kelayakkan sukan
Olimpik Beijing di
Kakamigahara, Jepun
dengan meraih tempat
ketiga apabila
menewaskan Poland
3-0 petang Ahad.
Jerman pula selaku
pasukan nombor satu
dunia menepati
ramalan apabila
menempah tiket
tunggal ke Beijing
dengan menewaskan
Jepun 4-0 pada
perlawanan akhir.
Walaupun dikecewakan
Jepun semalam, skuad
negara bimbingan
Sarjit Singh tetap
menunjukkan
kesungguhan untuk
mencari kemenangan
apabila membuka
jaringan pada minit
ke-26 melalui Tengku
Tajuddin Tengku
Abdul Jalil.
Penyerang Mohd Amin
Rahim menjadikan
kedudukan 2-0 pada
minit ke-53 sebelum
Tengku Tajuddin
memastikan
kemenangan dengan
gol ketiga negara
pada minit ke-69.
Skuad negara sebelum
ini memulakan
saingan dengan
menewaskan Poland
2-1 sebelum diikat
Itali 4-4 pada
perlawanan kedua.
Setelah mencatat
keputusan seri
dengan Itali, tugas
skuad negara memburu
tiket ke Olimpik
bertambah sukar
apabila tunduk
kepada Jerman 0-3
dan sekali lagi
mencatatkan
keputusan seri 3-3
dengan Jepun pada
perlawanan terakhir
kumpulan.
Pusingan kelayakkan
yang berlangsung
sejak 5 April lepas
membabitkan enam
pasukan bagi merebut
satu tiket ke
Olimpik Beijing.