Laman Utama

  
   EDISI :
.
 
 

 

Arkib Berita April

 


 

Kiraan Detik 100 Hari Menjelang Olimpik Bermula

Beijing memasuki peringkat akhir persiapan bagi penganjuran Sukan Olimpik yang telah dicemari dengan rentetan pergolakan di Tibet dan semangat patriotisme yang dipamerkan di tanah air dan luar negara berhubung kritikan terhadap China.

Kiraan detik 100 hari menjelang Olimpik pada pagi Rabu bermula dengan penyertaan kira-kira 10,000 penduduk Beijing dalam acara maraton 13km dan jalan kaki 2km sebagai tanda sokongan kepada penganjuran temasya berprestij itu.
seterusnya

 

CYC: Malaysia Menentang Gergasi Eropah

Malaysia terpilih dalam Kumpulan B bersama tiga gergasi bola sepak Eropah -- Ajax Amsterdam, Belanda; Chelsea, England; dan AC Milan, Itali -- dalam edisi kedua Piala Johan Belia (CYC) dari 2 hingga 16 Ogos.

Promoter acara, pengerusi Gifted Group berpangkalan di London, Jonathan Price berkata agak mengejutkan bila Malaysia dan Chelsea diundi dalam kumpulan yang sama seperti tahun lepas.
seterusnya

 

Setiausaha Agung FAM Akan Jumpa Pengarah BPR Sarawak

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan membiarkan dalang yang terbabit dalam skandal rasuah, yang melanda semula negara ini, terlepas.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata beliau telah diberi mandat oleh Presiden FAM Sultan Ahmad Shah bagi memastikan dalang skandal rasuah tersebut di bawah ke muka pengadilan selepas beberapa pemain Sarawak didakwa menerima rasuah.
seterusnya

 

Atlit Angkat Berat Masih Berpeluang Ke Olimpik

Walaupun gagal menempah kedudukan selesa pada Kejohanan Angkat Berat Asia di Jepun hari ini, atlit angkat berat negara, Amirul Hamizam Ibrahim dan Mohd Faerul Talib masih berpeluang untuk bertanding di Sukan Olimpik Beijing Ogos nanti.

Hari ini, Mohd Faerul berjaya mengangkat seberat 132 kg bagi acara snatch ketegori 69 kilogram untuk mengatasi rekod kebangsaan seberat 110 kilogram. seterusnya

 

Pelumba Eropah Cabaran Utama Pelumba Basikal Negara Raih Pingat Di Olimpik Beijing

Impian untuk pelumba-pelumba berbasikal trek kebangsaan meraih pingat di Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini akan hanya tercapai sekiranya cabaran daripada kalangan pelumba Eropah dapat diatasi.

Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Wahab berkata jika dibandingkan kemampuan pelumba-pelumba kebangsaan dengan pelumba dari Eropah, masih terdapat jurang ketara yang perlu dihapuskan. seterusnya

 

Empat Pelumba Layak Ke Beijing

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) telah mengesahkan bahawa empat pelumba trek negara telah layak ke Sukan Olimpik Beijing Ogos ini.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) dalam kenyataan hari ini empat pelumba berkenaan -- Josiah Ng, Mohd Rizal Tisin, Azizul Hasni Awang dan Edrus Yunus -- akan beraksi dalam acara pecut berpasukan (tiga pelumba), Keirin (dua pelumba) dan satu pelumba dalam acara pecut individu. seterusnya

 

Larian Obor Lancar Tanpa Kekecohan

Larian Obor Sukan Olimpik Beijing yang singgah di destinasi antarabangsa ke-13 di sini berlangsung dalam suasana meriah di sekitar ibu kota hari ini tanpa sebarang insiden tunjuk perasaan atau masalah lain.

Hujan lebat pada laluan sejauh 13.5km itu gagal mematahkan semangat 80 pelari apabila larian bermula pukul 2.30 petang di Dataran Merdeka dengan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar menjadi pelari pertama membawa obor sebelum ia diserahkan kepada bekas presiden MOM Tan Sri Hamzah Abu Samah.
seterusnya

 

Avoiding The White Elephant Tag For Gong Badak

The inclusion of a 48-lane bowling alley as well as eight squash courts will ensure that the Main Stadium in Gong Badak avoid the tag of ever being a white elephant after their hosting of the SUKMA XII TERENGGANU 2008 on 31 May to 9 June 2008.

 

Encik Arpin Deraman, the Chief Executive Officer of Secretariat SUKMA XII Terengganu 2008, said that the decision to build the bowling alley as well as the squash courts does not only have merits in terms of cutting down on the overall hosting budget. seterusnya

 

China Complete CYC Line-up

Asian giants China have completed the cast for the Champions Youth Cup 2008 when they confirmed their participation in this youth tournament today.

 

China, which will be making their debut in the CYC this year, will join 15 other teams including three others from Asia in the tournament which will be staged at five locations around the country from August 2-16.seterusnya

 

Mohd Asrol Lead Perlis To Big Win In MEFL Under 17

Mohd Asrol Tajuddin led Perlis to a big win on the opening day of the Under-17 division of the Minister of Education Football League (MEFL) when they overcame Sabah 4-0 at the SMK Syed Hassan.

 

A hat-trick from Mohd Asrol (12th, 25th and 48th minute) and another from Mohd Azim Ariffin (65th) were enough for the northerners to pick up their first three points of the newly-initiated season. seterusnya

 

Obor Olimpik Tiba Di Kuala Lumpur

Obor Olimpik yang diiringi oleh Naib Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Jiang Xiaoyu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira pukul 2.30 pagi semalam dengan pesawat khas dari Thailand.

Obor itu yang diletakkan dalam bekas khas, tiba dari Bangkok dengan pesawat itu yang khusus membawanya ke semua 19 destinasi antarabangsa yang terpilih bagi larian obor itu sebelum tiba di Beijing bagi pembukaan Sukan Olimpik 8 Ogos.
seterusnya

 

Pelaburan Yang Tiada Hasil

KEGAGALAN skuad hoki lelaki negara pada Kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun, menelan kos perbelanjaan sebanyak RM230,000.

Barangkali angka itu tidak mengejutkan Majlis Sukan Negara (MSN), begitu juga Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) kerana wang itu hadir begitu mudah. Ia adalah wang hasil pembayar cukai rakyat.
seterusnya

 

Chong Wei Tersentak Seketika Sebelum Mara

Pemain utama negara Lee Chong Wei terserentak seketika sebelum berjaya mengatasi pemain China pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Stadium Tertutup MPJB di sini Rabu malam.

Bagaimanapun, Zhu Wei Lun memberi kejutan awal apabila menumpaskan Chong Wei 21-17 sebelum pemain negara itu bangkit untuk menyamakan kedudukan dengan 21-16 pada set kedua.
seterusnya

 

Piala Sultan Azlan Shah Medan Pulih Maruah Hoki Negara

Setelah gagal merealisasikan impian untuk beraksi pada Sukan Olimpik Beijing, kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah bulan depan dilihat sebagai medan terbaik untuk membuktikan skuad lelaki negara masih perlu dihormati di persada antarabangsa.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) Hashim Mohamed Yusoff berkata kejohanan yang bermula pada 8 hingga 18 Mei itu akan membabitkan empat pasukan yang telah layak ke Olimpik.
seterusnya

 

Chong Wei Perlu Tembusi Tembok China Untuk Emas Olimpik

Malaysia mengharapkan pemain badminton negara Lee Chong Wei dapat membawa pulang pingat emas dari Sukan Olimpik Beijing Ogos ini tetapi harapan itu tidak semudah seperti dijangkakan.

Chong Wei, pemain ranking kedua dunia, terpaksa berdepan dengan Tembok China dan ia adalah satu tugas sukar yang terpaksa diharungi.
seterusnya

 

Inaugural Ministry of Education Football League gets support from 100PLUS

The Minister of Education Football League (MEFL), one of the biggest initiatives to develop football in schools, was officially launched today with 100PLUS taking the lead as the main partner of this development programme.

 

Launched today by Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, the Minister of Education, the nationwide league featuring Under-14 and Under-17 players will kick-off this Saturday. The league will be participated by a total of 16 teams, one from each state, and will run from April through to August this year. seterusnya

 

Chong Wei Buru Gelaran Kedua ABC

Lee Chong Wei kembali semula ke gelanggang yang membawa pelbagai kenangan manis dalam kariernya sebagai pemain badminton bertaraf dunia pada masa ini.

Chong Wei amat pasti bahawa Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baharu di sini akan menyambut kepulangannya dengan hati terbuka apabila Kejohanan Asia (ABC) bernilai US$125,000 (RM396,000) bermula esok.
seterusnya

 

 

 

 

Azizulhasni Buru Catatan Baru 200m

AZIZULHASNI Awang berharap kejayaan di Kejohanan Trek Berbasikal Asia (ACC) di Nara City, Jepun minggu lalu dapat menyuntik semangatnya untuk memperbaiki catatannya dalam acara pecut 200 meter menjelang Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini.

Dia yang memenangi acara itu dan keirin, adalah pemegang rekod kebangsaan dan Asia dengan masa 10.160 saat yang dilakukan di Kejohanan Dunia di Manchester, bulan lalu, berharap catatan itu dapat dikurangkan menjelang Sukan Olimpik nanti.
seterusnya

 

Melaka Grand Invitational Endurance Ride Dijadikan Acara Tahunan

Kerajaan Melaka akan menjadikan Kejohanan Sirkit Kuda Lasak, Melaka Grand Invitational Endurance Ride sebagai acara tahunan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kejohanan yang mula diperkenal di Melaka tahun ini, disasarkan memerlukan dua tahun lagi untuk menjadi terkenal di seluruh dunia.
seterusnya

 

Perenang Wanita Negara Juara Keseluruhan Kapas Marang International Swimathon

Perenang wanita negara Kimberly Yap berjaya mengalahkan 196 peserta dari dalam dan luar negara untuk muncul sebagai juara keseluruhan Kapas Marang International Swimathon 2008, anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu di sini, Ahad.

Beliau turut menjuarai kategori wanita 20 tahun ke atas setelah menamatkan perlumbaan dengan berenang sejauh 5.6 kilometer dari pantai Pulau Kapas ke Pantai Kelulut dengan catatan masa 1 jam 27 minit dan 23 saat.
seterusnya

 

Keputusan Terbaik Musim Ini Buat Malaysia

Pasukan A1 Malaysia mencatat keputusan terbaik musim ini dalam perlumbaan Sprint di Piala Dunia Motorsport A1GP, Shanghai, China.

Menurut laman web rasmi pasukan itu, penamatan yang kukuh di tempat keempat, dalam perlumbaan Sprint dan didahului tempat keenam dalam perlumbaan Feature utama bagi Malaysia dengan Alex Yoong memandu kereta negara.
seterusnya

 

Malaysia Hanya Di tempat Ketiga

Skuad lelaki negara menamatkan pusingan kelayakkan sukan Olimpik Beijing di Kakamigahara, Jepun dengan meraih tempat ketiga apabila menewaskan Poland 3-0 petang Ahad.

Jerman pula selaku pasukan nombor satu dunia menepati ramalan apabila menempah tiket tunggal ke Beijing dengan menewaskan Jepun 4-0 pada perlawanan akhir.
seterusnya

 

Asry and Adrina dominate Under-18 events at 100Plus National Junior Circuit Sabah & Sarawak Zone

Top seeded Sabahans Asry Abbas and Adrina Anscelly celebrated grand victories in the Under-18 events at the 100Plus National Junior
Circuit (Sabah & Sarawak Zone) today.

Asry, who was given a scare by team mate Cheong Khung Tze, had to comeback from a first game deficit before taking the crown.
seterusnya

 

Josiah Ng Mahu Lakukan Yang Terbaik Pada Olimpik Beijing

Pelumba basikal trek negara Josiah Ng mahu melakukan yang terbaik dalam penyertaan kali keduanya pada Olimpik Beijing selepas menimba pengalaman pertama menyertai kejohanan Olimpik Athens sebelum itu.

"Dalam olimpik pertama, saya tidak tahu apa yang nak dijangkakan dan saya menyertainya sekadar mencari pengalaman. Tetapi kali ini saya lebih bersedia.
seterusnya

 

Kedah Juara Liga Super 2007/2008

Juara musim lepas Kedah menjulang piala liga elit Malaysia bagi musim 2007/2008 buat kali kedua berturut-turut selepas menumpaskan Terengganu 2-1 dalam saingan Liga Super yang berlangsung Sabtu malam.

Skuad Kenari yang sebelum ini mengumpul 50 mata daripada 20 perlawanan hanya memerlukan satu mata bagi memastikan Piala Liga Super terus dalam genggaman mereka ketika saingan terdekat Selangor yang sebelum ini mengutip 42 mata, kehilangan tiga mata selepas dihukum oleh jawatankuasa disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
seterusnya

 

HOKI - Impian Beraksi Di Beijing Berkecai

Gol jaringan Kenichi Katayama, dua minit sebelum tamat perlawanan antara Malaysia-Jepun yang berkesudahan dengan kedudukan 3-3 pada Pusingan Kelayakan Olimpik di Kakamigahara, Jepun hari ini, meranapkan impian Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik Beijing.

Pada perlawanan itu, Malaysia, yang tidak menurunkan pakar pukulan sudut penalti S.Kuhan dan Shahrun Nabil akibat kecederaan, mendahului kedudukan pada minit ke-10 hasil jaringan ketua pasukan Chua Boon Huat, selepas menerima hantaran daripada Mohd Madzli Ikhmar Mohd Nor.
seterusnya

 

Roslinda & Mohammad Sukri - Atlet Terbaik MASUM

Pemain hoki negara Mohammad Sukri Abdul Mutalib dan atlet lompat bergalah Roslinda Samsu dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) 2007 di sini malam ini.

Kedua-dua pemenang tersebut mengalahkan empat calon lain dalam kategori masing-masing untuk membawa pulang trofi serta hadiah wang RM3,000. seterusnya

 

 

Last chance at glory for Qi-Meritus.Mahara

Malaysian-owned racing team, Qi-Meritus.Mahara, have one final shot at glory before the inaugural GP2 Asia Series season concludes at the Dubai Autodrome here this weekend. And to ensure the team ends on the podium, drivers Luca Filippi and Hiroki Yoshimoto landed early here to get a head start on their preparations.
 
Filippi, Honda's Formula One team test driver, and Hiroki got into town on Monday and got cracking almost immediately.
seterusnya

 

Malaysian Super Series Perkenal Kelas Istimewa Piala Bikerz NAZA

Malaysian Super Series (MSS) memperkenalkan satu kategori baru pada musim ini yang bakal menyaksikan saingan jentera motosikal pelbagai model dan perbezaan ketara dalam kapisiti enjin dalam usaha menggalakkan lebih ramai penyertaan daripada peminat-peminat sukan lumba motosikal.

Bergelar Piala Bikerz NAZA, para peminat akan menyaksikan jentera-jentera 250cc menghadapi saingan daripada jentera sehingga 800cc, yang bagaimanapun, pada dasarnya mempunyai kelajuan dan kuasa kuda yang hampir sama.
seterusnya

 

Debaran Menanti Siapakah Olahragawan dan Olahragawati MASUM 2007

ANUGERAH SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM) 2007 akan berlangsung di Johor Bahru pada 12 April ini dengan menyaksikan saingan sengit dikalangan atlet-atlet sukan negara yang ramai berpengkalan di universiti.

 

Senarai pendek pencalonan bagi kedua-dua ketegori menyaksikan lima atlet akan bersaing untuk dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati MASUM 2007. seterusnya

 

Nik Mahmud Calon Ganti Elyas Sebagai Pesuruhjaya Sukan

Persoalan siapa yang bakal menyandang jawatan Pesuruhjaya Sukan terjawab apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pengerusi Panel Penasihat Sukan (SAP) Datuk Nik Mahmud Nik Yusuf telah dicalonkan bagi mengisi jawatan itu.

Menteri berkenaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata Nik Mahmud merupakan calon tunggal yang diputuskan untuk mengisi jawatan yang akan dikosongkan oleh Tan Sri Elyas Omar yang akan tamat kontraknya pada Isnin depan (14 April).
seterusnya

 

SIC Tawar Tiket Diskaun Perlumbaan Super GT

Sepang International Circuit (SIC) akan menawarkan diskaun 50 peratus bagi pembelian 10,000 tiket pertama bagi menyaksikan perlumbaan siri Super GT Malaysia di Litar Sepang pada 20 hingga 22 Jun ini.

Malaysia menjadi tuan rumah pusingan keempat siri Super GT musim 2008.
seterusnya

 

Selangor diaibkan Kelab Liga Perdana

Juara empat kali, Selangor dimalukan kelab Liga Perdana, Kuala Muda NAZA apabila tewas 0-1 pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, semalam.

 

Pasukan Merah Kuning itu terpaksa menerima hakikat tunduk kepada jaringan tunggal perlawanan menerusi Farderin Kadir pada minit ke-48.seterusnya

 

Insentif, pencen Olimpik turut dinaikkan - Gaji untuk atlet cemerlang

Habuan buat pemenang pingat Sukan Olimpik kini semakin membesar apabila gaji bulanan pula bakal dinikmati oleh atlet yang berjaya memenangi pingat pada temasya itu.

 

 Pembayaran gaji bulanan merupakan ganjaran terbaru yang dicadangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, yang sebelum itu turut bersetuju untuk menaikkan jumlah insentif dan pencen Olimpik.seterusnya

 

Menteri sukan jumpa Kien Keat, Boon Heong

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan pertemuan empat mata dengan pemain beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bagi mendengar segala permasalahan dihadapi beregu ranking ketiga dunia itu.

Sambil menegaskan, betapa kudrat mereka begitu ditagih kerana berada pada kedudukan mampu membawa pulang pingat untuk negara di Sukan Olimpik Beijing kelak, Ismail berkata, mereka perlu diberikan bantuan sewajarnya.
seterusnya

 

Peluang  Makin Tipis

SKUAD hoki negara akhirnya dapat menjelmakan aksi terbaik di kejohanan kelayakan Olimpik. Namun, keringat anak didik Sarjit Singh itu belum cukup untuk menyekat keperkasaan Jerman apabila kecundang 3-0 kepada pasukan nombor satu dunia itu di Stadium Green, semalam.

Kekalahan itu - yang pertama di kejohanan enam negara itu - secara lojik menceritakan peluang untuk layak ke final dan mengintai tiket terakhir ke Sukan Olimpik di Beijing semakin tipis kecuali dapat mengutip mata kemenangan daripada dua perlawanan berikut menentang Switzerland, esok dan Jepun, Sabtu ini.
seterusnya

 

Indonesia, China Dan Korea Jadikan ABC Sebagai Pemanas Badan

Indonesia, China dan Korea Selatan, tiga negara kuasa badminton Asia, dijangka menjadikan Kejohanan Badminton Asia (ABC) pada 15 hingga 21 April ini di Johor Baharu sebagai pertandingan pemanas badan bagi menghadapi pusingan akhir Piala Thomas dan Uber.

Ketiga-tiga negara itu akan menghantar pasukan yang mantap pada kejohanan itu kerana ia merupakan kejohanan utama terakhir sebelum pusingan akhir Piala Thomas dan Uber di Jakarta pada 11 hingga 18 Mei ini.
seterusnya
 

Jaguh Sukan Dan Bekas Jaguh Meriahkan Larian Obor Olimpik Di Malaysia

Malaysia akan mengadakan Larian Obor Sukan Olimpik Beijing 2008 pada 21 April di Kuala Lumpur dengan beberapa personaliti sukan terkenal dijangka memeriahkan acara itu.

Larian itu dijangka bermula di Dataran Merdeka dengan majlis pembukaan yang ringkas pada pukul 2 petang di mana pembawa-pembawa obor menuju ke Stadium Merdeka dengan melalui banyak bangunan-bangunan penting di bandaraya ini.

Larian itu akan melalui Wisma MOM, Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Bangunan Parlimen, Muzium Negara, Masjid Negara, Stesen Keretapi lama, Dewan Perniagaan Cina, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur sebelum tiba di Stadium Merdeka.
seterusnya

 

Pei Tty / Eei Hui Janji Untuk Bangkit Semula

Pasangan beregu wanita utama negara Wong Pei Tty/Chin Eei Hui berjanji untuk bangkit daripada prestasi buruk awal tahun ini pada Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Johor Baharu pada 15 hingga 20 April ini.

Pasangan nombor sembilan dunia itu sedang mencari kedudukan yang lebih baik bagi Sukan Olimpik Beijing, tersingkir awal pada Kejohanan All-England dan Terbuka Switzerland bulan lepas, tunduk kepada pasangan China dalam kedua-dua kejohanan.
seterusnya
 

 

Impian Sukan Olimpik Semakin Pudar

Impian skuad hoki Malaysia untuk beraksi pada Sukan Olimpik Beijing Ogos ini semakin pudar apabila hanya mampu seri 4-4 dengan Itali pada pusingan kelayakan Olimpik di Stadium Green, Kakamigahara, Jepun, hari ini.

Walaupun membuka langkah positif dengan kemenangan tipis 2-1 ke atas Poland semalam, namum usaha untuk terus memburu mata bernilai tidak kesampaian apabila gagal menembusi kekebalan kubu pertahanan Itali.

Malaysia memulakan perlawanan dengan penuh bersemangat untuk membuat serangan bertali arus pada babak pertama tetapi dikecewakan dengan barisan pertahanan Itali.
seterusnya

 

Terengganu dan Perlis Seri 1 - 1

Terengganu dan Perlis seri 1-1 dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Ahad malam.

Perlawanan itu sepatutnya berlangsung malam semalam tetapi ditunda malam ini disebabkan lampu limpah kiri stadium padam.

Dalam perlawanan malam ini, kedua-dua pasukan bermain dengan agresif menyebabkan pengadil perlawanan Nor Anuar Abdullah Sani terpaksa melayangkan dua kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan.
seterusnya

 

Kedah, Perak Mula Bangkit

DUA wakil negara dalam Piala AFC, Kedah dan Perak mempamerkan kebangkitan dalam kejohanan itu selepas masing-masing menundukkan lawan dari Hong Kong dengan skuad Hijau Kuning menewaskan South China 3-1 pada aksi Kumpulan D di Hong Kong manakala Perak menjinakkan Kitchee 2-1 pada aksi Kumpulan E di Ipoh, malam tadi.

Perak hanya memerlukan 11 minit memecah kebuntuan menerusi rembatan kencang pemain tengah, Hardi Jaafar dari jarak 25 meter yang gagal ditangkap penjaga gol Kitchee, Wang Zhenpeng.

Gol pendahuluan itu memberi keyakinan kepada tuan rumah mengawal permainan dengan beberapa serangan merbahaya ke kawasan Kitchee, namun barisan serangan Perak gagal menyempurnakan peluang untuk menambah jaringan pada babak pertama.
seterusnya

 

MOM Tiada Masalah Hantar Atlit ke Beijing

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menegaskan mereka tidak berdepan masalah untuk menghantar atlit negara ke Sukan Olimpik Beijing walaupun Majlis Sukan Negara (MSN) masih belum melunaskan tuntutan hampir RM1 juta kepada badan induk itu bagi kos penghantaran kontinjen ke Sukan Asia Doha 2006.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, majlis itu tidak perlu mengeluarkan belanja besar bagi menghantar atlit ke Sukan Olimpik Ogos berikutan kebanyakan perbelanjaan ditanggung Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (Bogoc).

“Kontinjen Malaysia tak ada masalah untuk ke sana. Tiket penerbangan, penginapan dan makan minum akan ditanggung Bogoc.
seterusnya

 

‘ Kita Sedia Bayar Hutang MSN ‘ - Ismail Sabri

ISU 'hutang' Majlis Sukan Negara (MSN) kepada persatuan sukan kebangsaan tidak lagi wajar menjelmakan bimbang kerana jaminan kini diberi betapa segala yang tertunggak, bakal dilunaskan.

Ianya diluahkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, yang menegaskan betapa pembayaran akan dibuat jika tuntutan disokong dokumen sesuai dan lengkap.
seterusnya

 

Punca kantung MSN kontang terbongkar

Majlis kini terpaksa tanggung beban hutang papan iklan RM4j

APA kaitannya antara Majlis Sukan Negara (MSN) - badan induk bertanggungjawab terhadap program atlit elit negara - dengan satu rancangan sukan yang disiarkan setiap hari oleh sebuah stesen televisyen kabel antarabangsa?

Jawapannya? MSN kini dihadapkan dengan tanggungjawab menanggung beban melunaskan baki pembayaran untuk tahun lalu -
dipercayai lebih RM8 juta - kepada stesen televisyen itu yang kontraknya dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). seterusnya
 

 

Beregu Veteran Ingin Catat Hatrik di ABC

Pasangan beregu veteran lelaki Malaysia Lee Wan Wah/Choong Tan Fook berazam mencatat hatrik pada Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Johor Baharu dari 15 hingga 20 April ini.

Pasangan juara Grand Prix Kebangsaan 2008 itu menjuarai kejohanan berprestij ini selama dua tahun berturut-turut. Tahun lepas mereka mengalahkan pasangan nombor satu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong.

Lee Wan Wah yang dihubungi hari ini berkata walaupun sasaran mereka pada tahun ini ialah untuk membantu Malaysia merampas Piala Thomas, tetapi dia dan rakan beregunya itu, yang menduduki ranking ketiga dunia, ingin mencipta hatrik pada ABC tahun ini.Kali terakhir Malaysia menjuarai kejohanan Piala Thomas ialah pada 1992. Wan Wah, 32, berkata pasangan Korea Selatan Jung Jae Sung/Lee Yong Dae, yang menjuarai kejohanan All England bulan lepas, akan menjadi pencabar utama mereka dalam usaha mencatat hatrik pada ABC kali ini.
seterusnya

 

Misi ' Hidup Atau Mati ' Skuad Hoki Negara

Pasukan hoki lelaki Malaysia menggalas tugas berat untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing apabila perlu memenangi semua perlawanan pada pusingan Kelayakan Olimpik di Kakamigahara, Jepun dari 5 hingga 13 April.

Pasukan 18 pemain pimpinan ketua jurulatih Sarjit Singh itu sedar bahawa mereka menggalas misi "hidup atau mati" untuk memenangi semua enam perlawanan menentang pasukan lawan yang sememangnya hebat.

Malaysia, di tangga ke-14 ranking dunia, diundi bersama-sama Itali (ranking ke-37), Switzerland (ke-33), Poland (ke-21), Jepun (ke-11) dan pasukan nombor satu dunia Jerman, di mana mereka akan bertarung dalam sistem liga satu pusingan sebelum perlawanan menentukan kedudukan pada 13 April.
seterusnya

 

Obor Sukan Olimpik Tiba Di China

China menyambut ketibaan obor Sukan Olimpik dalam satu upacara gilang-gemilang di Dataran Tiananmen, 130 hari sebelum sukan itu bermula di sini.

Presiden Hu Jintao kemudian menyerahkan obor itu kepada jaguh lari lompat pagar China, liu Xiang, untuk dibawa ke 21 bandar raya di luar tanah besar China dari esok hingga 3 Mei ini. seterusnya
 

 

E-mail artikel ini kepada rakan  

Cetak laman ini