JFRTM:
30 PEMAIN
DIKENALPASTI
WAKILI
NEGARA
Oleh:
Hanim
Junaibi

Puan Rokiah Norma Ramli Pengarah Penerbitan TV RTM (kiri), Timbalan
Menteri Penerangan Malaysia,
Dato' Ahmad Zahid Hamidi, Dato'
Adilah Shek Omar, Timbalan
Ketua Pengarah Penyiaran (Rancangan)
RTM
Albert Khoo Chong Chwee,
Pengawal Sukan TV RTM (kanan)
semasa pengenalan Piala Pusingan
Jaguh Futsal RTM di majlis
sidang media perlawanan akhir
Jaguh Futsal RTM bersama FAM
diFoyer IBC Angkasapuri.
foto mediasukan/adzni yusof
Kuala Lumpur, 2 Ogos;
Program Jaguh Futsal RTM (JFRTM)
bakal melahirkan atlet futsal
negara apabila 30 pemain
berbakat dikenalpasti untuk
mewakili pasukan kendalian
P.Balakrishnan.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Penerangan,
Datuk Ahmad Zahid Hamidi dalam
sidang media perlawanan akhir
Jaguh Futsal RTM.
Beliau berkata bahawa terdapat tiga aspek dapat dilihat
sepanjang program realiti ini
diadakan. “Pertama, sambutan
yang menggalakkan iaitu sebanyak
14,000 peserta. Kedua, mengajak
lebih ramai penganjur melibatkan
diri dan yang ketiga,
bakat-bakat pemain baru dapat
ditonjolkan dengan bimbingan
jurulatih berkaliber”.
Sementara itu, JFRTM yang akan melabuhkan tirainya 5 Ogos ini
semakin mendebarkan apabila
pasukan bukan pilihan, Pahang
akan beraksi menentang Selangor
yang dijangka bakal meranapkan
impian Pahang bergelar juara
sulung JFRTM.
Namun menurut ketua pasukan Selangor, Addy Shairullyzam,
pasukannya agak tertekan
berikutan jurulatihnya, Omar Ali
kini berada di Manchester kerana
melatih pasukan Futsal B.
“Pasukan Pahang lebih bertuah
kerana jurulatihnya ada bersama
sewaktu perlawanan akhir nanti”.
Siapa pun yang bakal bergelar Jaguh Futsal RTM dan membawa
pulang RM 30,000, namun yang
lebih penting program ini dapat
melahirkan pemain baru yang
berbakat besar.