PIALA EMAS RAJA-RAJA 2007
JOHOR BERAZAM MENAMATKAN
KEMARAU 20 TAHUN
Oleh: Shaukei Kahar
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2007;-
Kejohanan bolasepak
Pertandingan Piala Emas
Raja-Raja sampai ke
kemuncaknya apabila
pasukan Kelantan bertemu
Johor pada perlawanan akhir
12 Ogos ini.
Stadium Tan Sri Dato’ Haji
Hassan Yunos, Larkin, Johor
Bahru menjadi venue
terakhir saingan pada kali
ini sebagai satu
penghormatan kepada pasukan
Johor buat pertama kali
layak ke final setelah 20
tahun menyertai kejohanan
ini.
Keputusan untuk menentukan
gelanggang perlawanan akhir
berdepan pertimbangan yang
awalnya amat sukar
diputuskan
oleh Jawatankuasa
Pertandingan apabila
kedua-dua pasukan memohon
supaya perlawanan akhir
diadakan dinegeri
masing-masing.
Menurut Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan
Kol (B) Mohamad Nor Darus
semasa mempengerusikan
mesyuarat untuk
menentukan venue perlawanan
akhir ini, “Panel
Jawatankuasa menghormati
alasan serta justifikasi
permohonan kedua-dua pasukan,
namun keputusan memilih
Johor menjadi tuan rumah
perlawanan akhir adalah atas
dasar memahami penantian 20
tahun Johor
memburu tempat ke perlawanan
akhir Piala Emas-Emas
Raja-Raja, dimana keputusan
panel Jawatankuasa turut
bertunjangkan
usaha dan matlamat PBSMM ke
arah membangunkan bolasepak
diperingkat negeri”.
Mesyuarat yang berlangsung
selama tiga jam ini dihadiri
oleh kesemua Ahli
Jawatankuasa Pertandingan
Persatuan Bola Sepak
Melayu Malaysia (PBSMM),
wakil Persatuan Bolasepak
Melayu Johor (PBMJ) dan
wakil dari Persatuan
Bolasepak Melayu Kelantan (PBMK).
Walau pun Kelantan dilihat
lebih bersedia untuk menjadi
tuan rumah, namun PBMK akur
dan menghormati keputusan
Jawatankuasa
Pertandingan dengan
pengumuman keputusan
pemilihan tempat perlawanan
akhir diadakan di Johor
Bahru.
Johor layak keperlawanan
akhir selepas menewaskan
Terengganu secara aggregat
2-0, apabila seri 0-0 pada
separuh akhir pertama
di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu dan menang 2-0
pada separuh akhir kedua di
Larkin.
Kelantan yang merupakan
juara bertahan menewaskan
Pulau Pinang 4-1 pada
separuh akhir pertama namun
tewas 0-1 diseparuh
akhir kedua di Stadium
Bandaraya Pulau Pinang untuk
layak dengan aggregat 4-2.