Kembali ke laman utama     

 

 

PESTA BOLA MERDEKA 2007

MALAYSIA MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

Oleh: Amirullah Ahmad

 

Petaling Jaya, 25 Ogos: Semangat kemerdekaan ke 50 tahun menjadi azimat buat pasukan Malaysia apabila layak ke separuh akhir Pesta Bola Merdeka edisi ke-39 di Stadium MBPJ malam tadi.

 

4-0 Malaysia berjaya menumpaskan Lesotho membuktikan anak buah B. Sathianathan bukan mengalah untuk ke separuh akhir dibelakang juara kumpulan A Myanmar yang menewaskan Laos 1-0.

 

Bermula disaat awal perlawanan Malaysia menunjukkan taringnya untuk menggegar gol lawan oleh Mohd Kahyril Muhymeen di sudut kanan pintu gol Lesotho dan cubaan-cubaan menghasilkan jaringan gol selepas itu meresahkan lebih 3000 penyokong apabila gol asyik tersasar.

 

Namun ini tidak mematahkan semangat pasukan Malaysia untuk mengasak ke gol  lawan sehingga minit terakhir separuh masa pertama apabila Norsharul Indlan Talaha menanduk masuk ke gawang gol Lesotho hasil sepakan sudut oleh Mohd Shukor Adan.

 

Corak permainan pantas Malaysia memberi kelebihan dibabak separuh masa ke dua perlawanan untuk menambah lagi jaringan gol pada minit ke 47 oleh Mohd Khyril Muhymeen melalui tandukkan di depan pintu gol Lesotho hasil hantaran Samransak Kram.

 

Selang 3 minit, Malaysia menambah lagi koleksi gol pada minit ke 50 oleh Mohd Zaquan Adha dan 9 minit kemudian Norhasrul Idlan melengkapkan 4 gol untuk Malaysia kekal sehingga masa sebenar perlawanan.

 

Menurut Jurulatih skuad bawah 23 tahun ini, “ini merupakan platform pemanas badan kepada pemain untuk berentap di Sukan Sea Korat, Thailand hujung tahun ini.”

 

Melihat kepada corak permainan yang ditonjolkan oleh mereka dari segi keserasian dan paduan pasukan dalam hantaran bola pantas ‘touch ball’ semalam, pasti memberi kelebihan kepada skuad bawah 23 negara.

 

Kapten Pasukan Malaysia Mohd Shukor Adan mengakui semangat sepasukan dan keyakinan diri membawa hasil kejayaan malam tadi.     

 

Malaysia sebelum ini menang bertemu Laos 2-0, kalah kepada Myanmar 1-2 dan selepas ini akan bertemu Singapura peringkat separuh akhir yang dijangka menarik di Stadium Shah Alam malam esok.

 

 

 

Hak Milik Terpelihara 2004 - 2007  Silversports (M) Sdn Bhd