
BADMINTON – GB 4B
KECEWAKAN KELANTAN
Oleh Siti
Hawa
Gerakan Belia
4B Malaysia muncul juara keseluruhan acara badminton Pesta Sukan
dan Kebudayaan Belia Malaysia setelah menundukkan MBN Kelantan
dengan kiraan mata 3-0.
GB 4B
mendapat mata pertama setelah perseorangan lelaki mereka,
Iszuwan Azhar menundukkan tentangan sengit yang dihadirkan oleh
perseorangan Kelantan, Nik Azlan Nik Abdullah.
Walaupun
menang mudah set pertama 21-9, Iszawan akur pada set kedua
apabila terpaksa tunduk 17-21, sebelum menang pada pada aksi
rubber set 21-20.
Aksi
perseorangan wanita pula menyaksikan pertembungan antara Nurul
Intan Jaafar (GB4B) dan Lim Siew Lin (Kelantan), yang
menyaksikan Nurul tidak menghadapi masalah menghadiahkan mata
kedua pasukannya setelah menang staright set 21-14, 21-6.
Pasangan Md
Azizul Md Ali dan Sazali Suratman memastikan GB4B dinobatkan
sebagai juara, setelah mengungguli saingan beregu lelaki dengan
kemenangan 21-12, 21-10 mengatasi pasangan Muhamad Fazduan dan
Wan Muhd Khairul Anuar.
Sementara itu,
perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat antara Majlis
Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung juga berkesudahan dengan kiraan mata 3-0, berpihak
kepada MBFM.
MBFM
memperoleh kemenangan menerusi perseorangan lelakinya, Mohd
Idham Fairuz Dermer yang menundukkan Razali Manah, 21-12, 21-10,
manakala Nurul Athirah Latif mendapat sedikit tentangan pada set
pertama 21-16 sebelum menang mudah 21-3 set kedua menentang
Shafa’atul Azimah.
MBFM
mengesahkan tempat ketiga milik mereka apabila beregu adik
beradik Md Saiful Nizam Sakimin dan Md Azmi Sakimin menewaskan
bergu GPMS, Mohd Zulhilmi dan Isa Malik, 26-24, 21-12.
Upacara
penyampaian jadiah disempurnakan Tuan Zalkery Haji Salleh,
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.