Kembali ke laman utama     

   

 

KELANTAN, SELANGOR RAIH EMAS BOLING

Oleh Aiman Aminul

 

Acara boling yang berlangsung di Ampang Bowl, Ipoh Parade menutup gelanggang hari ini dengan menyaksikan MB Kelantan dan MB Selangor mengungguli acara berpasukan kategori lelaki dan wanita.

 

Dalam saingan kategori wanita, gandingan Ruslaini, Wan Nadiatun, Rozana dan Wan Maisara menghadiahkan pingat emas untuk kontinjen MBN Selangor 2433 jatuhan pin, mengatasi MBN Kelantan yang hanya mampu mencatatkan jatuhan 2368 pin menerusi gandingan Nor Farani, Sarah Shahida, Sunita dan Norhaslinda. Tempat ketiga pula dimenangi MBN Sabah yang membariskan Annie Wong, Hoh Mei Yoke, Eva Lee dan Mitchelle Elaile.

 

Bagi Wan Nadiatun, kejayaan ini juga merupakan kejayaan berganda baginya, setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Individual All Event, diikuti Nor Farani dan Fatimah Zuraidah dari MB Terengganu.

 

Sementara itu, bagi saingan kategori lelaki, Kontijen Kelantan  yang menurunkan gandingan Mohd Lailufitri, Mohd Faiz, Herry Shabri dan Mohd Hilmi mengatasi saingan dari 21 pasukan lain dengan jatuhan 2907 pin, 139 jatuhan pin mengatasi gandingan MBN Pahang yang memenangi pingat perak, Muhamad Hakim, Mohd Iqbal, Mohd Hanif dan Hazwan, sementara MBN Selangor menerusi gandingan Rosli Sharif, Wan Asnol Rizal, Mohd Ezrie dan Ahmad Zamri terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

 

Herry Sabri dinobatkan sebagai juara keseluruhan individual all event, diikuti Wan Asnol Rizal dan Samsul Masri dari Gerakan Belia 4B Malaysia.

 

Kemeriahan jelas dapat dilihat pada hari terakhir pertandingan ini, apabila penyokong-penyokong pasukan yang bertanding, datang membanjiri Kompleks Boling Ampang Bowl.

 

Setiusaha Agung Majlis Belia Malaysia, Tajudin Ahmad telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang sejurus selepas berakhirnya saingan akhir.