Kembali ke laman utama     

   

 

PAINTBALL

Oleh Aiman Aminul

 

Aksi suku akhir acara paintball menyaksikan MB Selangor, MBN Perak, dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia mengungguli saingan kumpulan masing-masing bagi kategori lelaki, sementara MBN Perlis, MBN Kelantan, dan Gerakan Belia 4B Malaysia mendominasi saingan kumpulan kategori Wanita, sekaligus menempah tiket beraksi di separuh akhir.

 

MBN Kedah turut melayakkan diri ke separuh akhir atas tiket pasukan tangga kedua terbaik bagi kategori lelaki, manakala MB Terengganu  turut mendapat kelebihan yang sama bagi kategori Wanita.

 

Pertandingan peringkat separuh akhir pula menyaksikan pertarungan hebat Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (PKKBM) dan MBN Perak bagi kategori lelaki, yang menyaksikan kemenangan memihak kepada PKKBM dengan agregat 2-1 , manakala satu lagi aksi separuh akhir antara MBN Selangor dan MBN Kedah pula berkesudahan dengan kemenangan kepada MBN Selangor, 2-0.

 

Bagi kategori Wanita, MBN Perlis jelas tidak mampu menandingi kehebatan MBN Terengganu yang mencatatkan kemenangan mudah ke atas mereka, sementara MBN Kelantan menundukkan Gerakan Belia 4B Malaysia.

 

Perlawanan akhir menyaksikan PKKBM muncul juara kategori lelaki setelah mengenepikan tentangan Majlis Belia Negeri Selangor (MBNS) di perlawanan akhir dengan keputusan 2-1.

 

Pertarungan kedua-dua pasukan berlangsung sengit walaupun di dalam cuaca hujan dan pemenang terpaksa ditentukan pada pusingan ketiga setelah kedudukan terikat 1-1.

 

MBN Perak menduduki tempat ketiga setelah mengecewakan MBN Kedah.

 

Sementara dalam bahagian wanita, Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) muncul juara menewaskan Majlis Belia Negeri Terengganu 2-0.

 

Gerakan Belia 4B Malaysia memenangi tempat ketiga, manakala MBN Perlis hanya mampu berpuas hati di tempat keempat.