
SELANGOR RAIH EMAS BOLA JARING
Oleh Nurul
Izzati
Satu lagi
keputusan akhir diketahui di gelanggang Bolajaring Komplek Sukan
Negeri, yang menyaksikan MBN Selangor ditabalkan selaku juara
acara Bola Jaring Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia
2007, setelah menundukkan tuan rumah, Perak pada perlawanan
akhir.
Terdahulu,
pada perlawanan separuh akhir, Selangor mengenepikan tentangan
sengit dihadirkan MBN Johor, dengan kemenangan 17-14. Perlawanan
cukup sengit dengan kedua-dua saling berbalas serangan, namun
nyata nasib lebih memihak kepada pasukan Selangor yang bijak
menyerap segala asakan.
Kekalahan
nyata sukar diterima pasukan Johor yang hadir dengan impian
besar untuk bergelar juara. Malah kekalahan tipis 14-17 menambah
duka pasukan Johor.
Satu lagi
aksi separuh akhir menemukan Perak dan Terengganu berkesudahan
tuan rumah beraksi cemerlang dan tidak menghadapi masalah
melangkah ke peringkat akhir apabila berjaya mengalahkan
Terengganu dengan keputusan 36 - 13.
Pada
perlawanan akhir yang menemukan Selangor dan pasukan tuan rumah
Perak, kedua-dua pasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi
untuk muncul juara. Perbezaan jaringan yang sedikit membuktikan
keupayaan kedua-dua pasukan.
Tamat masa
sebenar kedudukan terikat 25-25, memaksa masa tambahan bagi
menentukan juara. Selangor membuktikan keupayaan mereka apabila
muncul juara dengan jaringan 35-34.