
SAINGAN 3 ON 3
Oleh Siti
Khadijah Sarif
Acara bola
keranjang 3 lawan 3 Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia
menutup tirai dengan menobatkan MBN Sabah dan MBN Kedah selaku
juara kategori Lelaki dan Wanita dalam aksi di Gelanggang Bola
Keranjang, Kompleks Sukan Belia Ipoh.
Biarpun
terpaksa menghadapi jadual perlawanan yang agak ketat, kesemua
pasukan yang layak ke akhir masih mampu mempamerkan aksi menarik.
Saingan akhir
kategori wanita menemukan Sabah, menentang Perlis. Layak ke
final, kedua-dua pasukan jelas mencari penamat yang gemilang
untuk bergelar juara sulung bola keranjang 3 on3.
Aksi seimbang
di peringkat awal perlawanan membuktikan kehebatan kedua-dua
pasukan. Namun Sabah lebih cemerlang untuk menidakkan hajat
Perlis bergelar juara apabila menang 7-4.
Kemenangan
ini cukup bermakna buat pasukan dari negeri di bawah bayu ini,
setelah menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan Sabah sehari
sebelumnya, sementara bagi Perlis, biarpun tewas, aksi yang
dipamerkan harus dipuji.
Dalam saingan
kategori lelaki pula, sekali lagi menyaksikan pasukan dari
negeri di bawah bayu, Sabah bertemu Kedah.
Kemenangan
pasukan wanita nyata menyuntik semangat pasukan Sabah untuk
turut bergelar juara.
Namun Kedah
mendominasi perlawanan sejak dari awal lagi dan sememangnya
sukar digugat apabila menang selesa 21-13.
Permainan
yang menuntut stamina yang tinggi ini nyata menjadi penghalang
kepada Sabah untuk memberikan saingan.
MBN Kedah
unggul selaku juara kategori lelaki 3 on 3 Pesta Sukan dan
Kebudayaan Belia Malaysia kali yang pertama.
Perlawanan
penentuan tempat ketiga bagi kategori wanita pula dimenangi
Kedah yang menewaskan GB4B 8-5, sementara bagi kategori lelaki
dimenangi Perak yang menundukkan Kelantan 17-9.
Terdahulu,
saingan peringkat separuh akhir kategori wanita menemukan Juara
Kumpulan A, Kedah menentang naib johan kumpulan B, Sabah.
Selaku juara
kumpulan A, Kedah nyata mempunyai sedikit kelebihan, namun
prestasi yang ditunjukkan pasukan sabah sememangnya harus
dipuji. Hasil kesungguhan yang ditunjukkan Sabah unggul
mengatasi Kedah dengan jaringan 11-3.
Satu lagi
separuh akhir kategori wanita pula menyaksikan Perlis yang juga
Johan kumpulan B menundukkan Naib Johan kumpulan A, Gerakan
Belia 4B Malaysia (GB4B), 21-1.
Bagi kategori
lelaki, pertemuan Sabah dan Kelantan antara aksi paling menarik
dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan
pemenang terpaksa ditentukan melalui jaringan penalti yang
akhirnya berpihak kepada Sabah 9 – 8.
Sementara
itu, satu lagi perlawanan separuh akhir antara Kedah menentang
pasukan tuan rumah Perak juga tidak kurang hebatnya yang
berkesudahan Kedah menang 21-14.