Kembali ke laman utama     

   

PERASMIAN GILANG GEMILANG

 

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri DiRaja Najib Tun
Razak melihat skrol ikrar sewaktu merasmikan Pesta Sukan dan Kebudayaan
Belia Malaysia 2007.

 

Ipoh, 16 Disember 2007 ; Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia 2007 dibuka dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri DiRaja Najib Tun Razak dalam satu upacara penuh gilang gemilang.

 

Turut hadir Menteri Belia dan  Sukan, Datuk Seri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Tajol Rosli Ghazali dan isteri, Datin Seri Diraja Dato’ Kamariah Mokri serta  Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Shamsul Anuwar Nasarah.

 

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri  disambut meriah lebih 3000 belia dari seluruh Negara.

 

Perarakan masuk kontinjen yang bertanding menyemarakkan lagi suasana upacara pembukaan biarpun kejohanan ini telah mula dijalankan sejak 14 Disember lagi.

 

Nyalaan obor oleh Timbalan Perdana Menteri menandakan simbolik perasmian yang cukup bermakna. Api obor yang menyala, begitu jugalah semangat yang ditunjukkan oleh belia Negara ini dalam usaha merealisasikan impian dan hasrat pemimpin Negara.

 

 

 

Hak Milik Terpelihara 2004 - 2007  Silversports (M) Sdn Bhd