
SEPAKTAKRAW
Oleh Saiful
Faris
Tuan rumah,
Perak menutup gelanggang sepaktakraw di Kompleks Sukan Ipoh
setelah muncul juara acara sepaktakraw menewaskan Kelantan di
perlawanan akhir.
Perak, yang
diwakili oleh Mohd Khairul Hakimi, Mohd Nor Hafez dan juga Rosli
Abdul Rahman ternyata berhadapan laluan sukar serta tentangan
sengit yang ditunjukkan oleh pemain pasukan Kelantan yang
dibarisi Mohd Irwan Shah, Nur Yuslie Md Jusuh, serta Mohd Afandi
Abu Bakar.
Sokongan padu
penyokong setia Perak cukup bermakna buat Perak apabila berjaya
menundukan Kelantan 2-0, 21- 18, 21-17.
Faktor
pengalaman juga banyak memihak kepada pasukan Perak untuk
menyerap tekanan dan asakan regu Kelantan.
Keputusan
akhir Perak muncul pemenang pingat Emas, perak Kelantan dan
gangsa menjadi milik Selangor A yang menundukkan wakil senegeri
Selangor B.
Dalam aksi
separuh akhir tuan rumah, Perak bertemu Selangor dan ternyata
tuah bermain di gelanggang sendiri ternyata memihak kepada
pasukan Perak apabila berjaya menewaskan regu Selangor 2-0.
Biarpun hadir
sebagai pasukan pilihan, Selangor nyata gugup beraksi di hadapan
penyokong setia Perak. Malah aksi mantap Perak sukar digugat
apabila rejaman tajam killernya banyak membantu mengutip mata
berharga.
Bagi MBN
Selangor pula perlawanan ini nyata bukan aksi terbaik mereka
biarpun mempunyai dua wakil di separuh akhir.
Kekecewaan
pasukan Selangor berterusan apabila satu lagi regunya tewas di
peringkat separuh akhir kepada regu Kelantan.
Kelantan
mempamerkan aksi memukau apabila berjaya menjinakkan regu
Selangor dalam perlawanan sengit yang berlanjutan tiga set
sebelum Kelantan menang, 13 – 21, 21 – 14, 15 – 6.