
WALL CLIMBING CURI
TUMPUAN
Oleh Nabihan
Zulkifli
Sukan
xtreme seperti Wall Climbing sudah mula mendapat tempat di
kalangan peminat tempatan, khususnya belia.
Menyedari potensi yang ada pada sukan ini, maka Majllis Belia
Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
serta Kerajaan Negeri Perak telah menyenaraikan sukan Wall
Climbing sebagai salah satu acara sukan dalam Pesta Sukan Dan
Kebudayaan Belia Malaysia.
Sukan Wall Climbing ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu
dari 16 hingga 18 disember yang menyaksikan sebanyak 4 pingat
emas menjadi rebutan bagi 2 kategori yang dipertandingkan iaitu
kategori Difficulty lelaki dan wanita dan kategori
Speed lelaki dan wanita.
Bagi kategori difficulty para peserta perlu mendaki
setinggi yang boleh dan mereka juga perlu memastikan mereka
tidak memegang bahagian yang ditutup. Dalam erti kata lain, para
peserta hanya boleh menggunakan route yang ditentukan
oleh pihak pertandingan.
Berbeza dengan difficulty, kategori Speed pula dikira
berdasarkan kepantasan para peserta untuk tiba ke puncak, di
mana peserta juga perlu melalui kedua-dua route dan markah akan
dikira berdasarkan jumlah mata bagi kedua-dua dakian.
Sehari sebelum pertandingan bermula, satu klinik wall climbing
telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta
mengenai permainan ini.
Saingan peringkat saringan dan peringkat akhir bagi kategori
Speed menyaksikan wakil Majlis Belia 4B Malaysia, Diyana
Kamilmihabi berjaya mencuri tumpuan kategori wanita, apabila
menjadi satu-satunya peserta wanita yang berjaya menamatkan
kedua-dua route, sekaligus melayakkannya bergelar juara
pertandingan..
Bagi kategori lelaki, tuah berpihak kepada Wan Shahrizad Wan
Mohamad dari Terengganu yang berjaya menamatkan dakian bagi
kedua-dua route mengatasi peserta dari Majlis Belia 4B
Malaysia, Syaizul Azwan Ishak untuk muncul juara.
Hari terakhir menyaksikan berlangsungnya pertandingan akhir bagi
kategori difficulty. Bagi kategori difficulty
wanita, tuah sekali lagi berpihak kepada waki tuan rumah, Dina
Fasihah Othman apabila menjadi satu-satunya peserta wanita yang
dapat mendaki hingga ke puncak. Manakala tempat kedua dan ketiga
pula milik peserta dari perlis dan Majlis Belia 4 B.
Sementara bagi kategori difficulty lelaki, route
dakian adalah lebih mencabar dan sukar. Dimana para peserta
perlu bijak mengatur strategi untuk mendaki. 2 peserta dari
terengganu berjaya meraih pingat emas dan gangsa manakala pingat
perak pula milik peserta dari perils.
Pasukkan terengganu telah menjadi juara keseluruhan bagi acara
sukan wall climbing ini dengan memungut 2 emas.