BOLING PADANG, KARATE –
DO CEMERLANG
Oleh :
Aiman Aminul

Aksi Ku Jin Kiat ketika
membuat persembahan
kategori
Kata Individu bagi acara
Karate-Do
Korat, 12 Dis – Empat emas
masing-masing menerusi
acara Boling Padang dan
Karate-Do, Basikal Trek
(2), serta satu dari
acara Ekustrian,
Taekwondo, dan Memanah
memastikan kem kontinjen
negara kembali ceria
pada hari ketujuh Sukan
SEA ke-24 yang sedang
rancak berlangsung pada
ketika ini.
13 emas yang dimenangi pada hari ini, turut
menyaksikan kontinjen
negara memintas
Singapura di tempat
ketiga, dengan kutipan
pingat 44-36-72, namun
peluang menyaksikan kita
memintas Vietnam pada
kedudukan kedua agak
mustahil memandangkan
Vietnam semakin
mengukuhkan kedudukannya
dengan pungutan pingat
57-43-59.
Skuad Karate menyumbangkan empat emas pada
hari pertama acara itu
berlangsung di Dewan
Kebkanjana, Institut
Teknologi Chanapolkhan
dengan emas pertama
hadir menerusi Ku Jin
Keat yang nyata tidak
bermasalah untuk
mengungguli saingan kata
individu lelaki,
sementara Lim Lee Lee
pula memenangi saingan
kategori wanita.
R.Puvaneswaran (bawah 55kg lelaki), serta
Lim Yoke Wai (bawah 65kg
lelaki) melengkapkan
hari cemerlang kontinjen
karate negara, setelah
menjuarai kategori
masing-masing. Bagi Puva,
ini adalah emas
keempatnya di Sukan SEA
sejak 2001.
Boling padang, yang mensasarkan untuk
menyapu bersih kesemua
enam emas yang
dipertandingkan,
menghadiahkan empat emas
pada hari terakhir acara
boling padang petang
tadi, menerusi gandingan
Azim Azami Ariffin/Mohd
Amir Yusof dalam acara
beregu lelaki, manakala
Fairul Izan Abdul Muin,
Mohd azwan Shuhaimi, dan
Zulhilmi Redzuan
mengungguli acara trio
lelaki.
Dua lagi emas hadir menerusi gandingan
Azlina Arshad/Emma
Firyana Saroji bagi
kategori beregu wanita,
dan Maisarah Aminludin,
Nor Fidrah Noh, Nor
Hashimah Ismail (trio
wanita), sekaligus
mengubat duka kegagalan
Siti Zalina pada acara
perseorangan wanita.
Setelah memenangi acara recurve individu
semalam, Cheng Chu Sian
sekali lagi cemerlang,
kali ini berganding
dengan Muhammad Marbawi
Sulaiman dan Wan Mohd
Khalmizan Wan Abdul Aziz,
menundukkan gandingan
Indonesia, Mohamed Ali
Sofian, Rahmat
Sulistyawan dan Hendro
Suprianto, 213-211,
untuk meraih emas kedua
memanah menerusi acara
recurve berpasukan
lelaki.
Che Chew Chan turut cemerlang , setelah
mengharungi pertarungan
sengit dijelmakan atlet
Vietnam, Buy Thu Hien,
sebelum menang dengan
kiraan mata 1-0 dalam
acara Taekwondo kategori
middleweight
wanita.
Dalam aksi sebentar tadi, Chew Chan
ketinggalan 0-1 pada
pusingan pertama,
sebelum menyamakan
kedudukan pada pusingan
kedua, dan pada pusingan
ketiga, lawan Chew Chan
dikenakan penalti satu
mata, sekaligus
membolehkan Chew Chan
yang sudahpun layak ke
Sukan Olimpik Beijing,
muncul juara.
Hari terakhir acara lumba basikal yang
berlangsung di Velodrom
Keputeraan Raja Thailand
ke-80 turut menyaksikan
dua lagi pingat emas
hadir menerusi Josiah Ng
(200m pecut lelaki),
serta gandingan Amir
Mustapha Rusli, Jasmin
Ruslan, Akmal Amrun dan
Mohd Hariff Salleh (4km
kejar mengejar lelaki).
Lebih membanggakan, kejayaan kuartet lelaki
itu yang mencatat masa
4:27.919 saat, juga
berjaya memecahkan
kebangsaan (4:34.412s)
dan rekod Sukan SEA
(4:31.212s), sementara
Josiah menewaskan rakan
sepasukan, Mohd Azizul
Hasni Awang yang meraih
perak.
Jaguh ekuestrian negara, Qabil Ambak turut
mengesahkan emas menjadi
miliknya, setelah hanya
dikenakan satu mata
penalti untuk
mengungguli saingan show
jumping individu,
sekaligus mengulangi
pencapaiannya di Kuala
Lumpur 2001, dengan
merangkul empat pingat
emas keseluruhan.