DANIEL BAYANGI KEHEBATAN ALEX LIM
Oleh : Aiman Aminul

Aksi Daniel
Bego ketika acara 100m kuak kupu-kupu, Daniel mencatat
kemenangan
bergaya dengan
memecah rekod sukan SEA milik perenang negara Alex Lim Keng Liat
Korat, Thailand, 9 Dis – Sebut saja acara renang, nama
yang pasti meniti di bibir peminat acara ini ialah Alex Lim Keng
Liat, yang berjaya mencipta sejarah tersendiri dalam arena sukan
renang negara.
Kini, kehadiran jaguh renang negara masa kini, Daniel Bego jelas
membayangi kehebatan Alex Lim, dan sebentar tadi, perenang
harapan negara itu bukan sahaja memenangi pingat emas acara 100m
kuak kupu-kupu lelaki, tetapi juga memecahkan rekod Sukan SEA
milik Lim Keng Liat, yang dicipta di Hanoi empat tahun lalu.
Pada saingan di Pusat Akuatik Stadium Ulangtahun Raja Thai,
Korat, Daniel meraih emas dengan catatan 54.33s, mengatasi rekod
Keng Liat, 55.04s, sekaligus menyaksikan dia melepasi masa
kelayakan kategori B, 54.71s untuk bertanding di Sukan Olimpik -
acara ketiga selepas dia berjaya melakukannya menerusi acara
200m kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas.
James Walsh memenangi perak dengan catatan masa 55.47s, manakala
gangsa menjadi milik Andy Wibowo dari Indonesia, dengan catatan
masa 55.59s.