Kembali ke laman utama     

 

 

EKUESTRIAN TERUS SUMBANG EMAS

Oleh : Aiman Aminul

 

Syazna Leena Zulhasnan, menerima ciuman di pipi dari ibunya,
Datin Seri Siti Nooriah Ana Razak setelah meraih emas acara show jumping
berpasukan. Dari kiri, ayah Syazna yang juga merupakan Menteri Wilayah
Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique, Syaira Leena (adik Syazna), dan
adiknya Muhammad Suhail

 

Korat, Thailand 10 Dis – Persembahan cemerlang anak perempuan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Syazna Leena pada penampilan pertamanya di Sukan SEA, membantu kontinjen negara memenangi emas acara Show Jumping berpasukan petang tadi.

 

Syazna, 19, menunggang kuda Helu de Caudard, menamatkan saingan bersama jaguh ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil, Syed Omar Syed Abu Bakar, serta Quzier Ambak Mahamad Fathil, dan memastikan Malaysia terus mendominasi acara sukan berkuda setelah menyapu bersih kesemua tiga pingat emas yang ditawarkan setakat ini.

 

Tiada pemenang pingat perak, mahupun gangsa setelah peserta dari Filipina, dan tuan rumah Thailand, tersingkir dari saingan.

Kejayaan pasukan negara turut disaksikan Zulhasnan dan keluarganya yang berada di Kelab Polo Thai untuk memberikan sokongan kepada Syazna.

 

Qabil Ambak yang telah memenangi dua pingat emas acara dressage berpasukan dan individu, serta Syed Omar layak beraksi untuk acara individu esok.

 

Kejayaan ini juga memastikan kontinjen ekuestrian negara mengatasi pencapaian satu emas di Manila, di mana Qabil Ambak memenangi pingat emas acara show jumping individu, manakala dalam acara berpasukan mereka menang perak.

 

 

 

Hak Milik Terpelihara 2004 - 2007  Silversports (M) Sdn Bhd