Kembali ke laman utama     

 

 

MISI GETIR ANAK BUAH SATHIA

Oleh : Aiman Aminul

 

Kapten pasukan vietnam meraikan jaringan

ketika bertemu Malaysia

 

Korat, Thailand 1 Dis - Pasukan negara akan turun menentang Vietnam pada saingan pembuka tirai Kumpulan B Sukan SEA, Korat, petang ini.

 

18 tahun menanti, skuad bawah 23 tahun negara dijangka mampu menamatkan kemarau emas itu, pada edisi kali ini, setelah menjuarai Pestabola Merdeka Ogos lalu.

 

Setelah mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan, nyata belum ada tanda-tanda barisan muda negara mampu untuk menghadirkan rasa gerun lawan, yang rata-ratanya menggangap Malaysia sebagai pasukan underdog.

Tidak konsisten, itulah yang mampu ditafsirkan terhadap anak buah B.Sathianathan, setelah menjuarai Pestabola Ogos lalu, pasukan negara tewas dalam aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia menentang Bahrain, dan empat aksi persahabatan sebelum berlepas ke Korat menyaksikan pasukan negara hanya mencatat  satu kemenangan -  1-0 ke atas PKNS Selangor, selain diaibkan Maldives 1-0, serta dua keputusan seri menentang Thailand dan Indonesia.

 

Dengan Aidil Zafuan terlepas peluang beraksi berikutan pengantungan dua perlawanan, Sathia dijangka menurunkan muka baru, Chun Ken Hong, untuk mengisi kekosongan tersebut, dan gandingan Zaquan Adha – Safee Sali, diharap akan kembali menyengat setelah lama ketandusan gol.

 
 

 

Hak Milik Terpelihara 2004 - 2007  Silversports (M) Sdn Bhd