Kembali ke laman utama     

 

 

PENGORBANAN RIZAL BERBALOI

Oleh  : Aiman Aminul

 

Korat, Thailand 10 Dis – Mohd Rizal Tisin menghadirkan khabar gembira buat kontinjen negara menerusi 1 KM ujian masa kategori lelaki, yang berlangsung di Velodrom Stadium Utama Ulangtahun Raja Thai ke-80, petang tadi apabila merangkul emas dengan catatan masa 1 Minit 05.98 Saat.

 

Rizal baru pulang dari Beijing, dan hanya sempat tidur empat jam sebelum bermulanya perlumbaan, namun pengorbanannya jelas membuahkan hasil dengan emas yang dimenanginya ini.

 

Lebih manis lagi, seorang lagi peserta negara, Azizul Hasni Awang Muhamad memastikan pingat perak turut menjadi milik kita, dengan catatan masa 1 Minit 6.64Saat, sementara gangsa dimenangi pelumba Filipina, Morales Jan Paul dengan catatan 1 Minit 7.24 Saat.

 

“Saya tidak cukup tidur, dan hanya sempat tidur empat jam setelah pulang dari Beijing. Keadaan trek serta angin kencang tidak banyak membantu saya dalam perlumbaan ini” – Rizal Tisin –

 

Sementara itu, bagi kategori wanita, Fatehah Mustapa hanya sekadar meraih gangsa apabila mencatat 37.18s dalam acara 500M ujian masa.

Emas dimenangi Muzizah Uyun dari Indonesia dengan catatan masa 36.49s, manakala perak milik peserta tuan rumah, Maneephan Jutatip (36.49s).

 

 

 

Hak Milik Terpelihara 2004 - 2007  Silversports (M) Sdn Bhd