|
Fairuz Yakin
Kekal
Kejuaraan
GP2 Asia |
Dikemaskini :
19 Feb 2008 02:02 PM
Sepang - Pelumba
negara, Mohamed
Fairuz Fauzy yakin
pengalaman menjuarai
pusingan kedua Grand
Prix 2 (GP2) Asia di
Litar Antarabangsa
Sentul, Jakarta,
kelmarin mampu
membantunya mencatat
keputusan lebih baik
pada pusingan ketiga
perlumbaan di Litar
Antarabangsa Sepang
(SIC) bulan depan.
Fairuz berkata, ini
kerana kedua-dua
litar terbabit
mempunyai keadaan
cuaca sama iaitu
panas dan lembap
yang ketara, selain
berisiko untuk
menerima kadar
taburan hujan yang
tinggi semasa sesi
kelayakan dan
perlumbaan.
"Saya amat gembira
dengan kemenangan
itu kerana ia
dicapai setelah
terpaksa mengharungi
pelbagai halangan
seperti keadaan
cuaca panas dan
lembap yang ketara
serta hujan lebat
sepanjang perlumbaan.
"Kami terpaksa
membuat pelbagai
perubahan pada
kereta serta
strategi perlumbaan
bagi menyesuaikannya
dengan keadaan cuaca
di litar berkenaan,"
katanya kepada
Utusan Malaysia
ketika ditemui di
Terminal Penerbangan
Tambang Murah (LCCT)
di sini, semalam.
Mohamed Fairuz,
pelumba harapan
Malaysia, mencipta
sejarah tersendiri
apabila menjuarai
buat kali pertama
Kejohanan GP2 Asia
yang berlangsung di
Litar Antarabangsa
Sentul, Indonesia
kelmarin.
Pelumba berusia 26
tahun itu yang
mewakili pasukan
Super Nova
menewaskan 20
pelumba antarabangsa
lain termasuk
pelumba yang cukup
berpengalaman dari
Eropah.
Fairuz menamatkan 30
pusingan dengan
meninggalkan Bruno
Senna dari pasukan
Sport International
di tempat kedua.
Manakala tempat
ketiga dimenangi
pelumba Russia,
Vitaly Petroc dari
pasukan Barwa
International
Campos.
Dalam pada itu,
Fairuz berlepas ke
Afrika Selatan malam
tadi bagi menyertai
perlumbaan kereta GP
A1 bersama seorang
lagi pelumba negara,
Alex Yoong dan
perlumbaan itu
dijadualkan
berlangsung hujung
minggu ini.
Bagaimanapun,
Mohamed Fairuz
memberitahu, dia
bersama pasukannya
tetap akan bekerja
keras untuk
mengekalkan
kedudukan apabila
berlumba di Litar F1
di sini, bulan depan.
"Kami boleh
mengekalkan
kedudukan yang
dicapai di Litar
Antarabangsa Sentul
itu tetapi kami
perlu bekerja keras
dengan mencapainya,"
katanya.